Biarpun usianya sudah mencecah 70 tahun, namun kegigihan Zakaria Abdul Wahab yang bekerja sebagai penunggang Grab (Grab rider) demi mencari punca pendapatan untuk menyara isteri serta dua orang anak bujangnya yang menganggur perlu diberi perhatian. Bagi Zakaria, di sebalik tuntutan fizikal dan turun naik dalam pendapatan, terutamanya semasa cuaca buruk,