Pengangguran memberi impak bukan sahaja kepada individu, malah kepada masyarakat dan juga ekonomi. Impak kepada individu Salah satu kesan utama bagi individu yang menganggur adalah mengalami pengurangan pendapatan kerana ketiadaan pekerjaan, sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Ini berlaku kerana dengan bekerja, mereka dapat menerima gaji atau upah.