Hari Malaysia – 3 Fakta Menarik Wajib Tahu!

Posted by

Selain Hari Kebangsaan yang disambut setiap 31 Ogos, tarikh 16 September juga merupakan hari yang bersejarah buat rakyat Malaysia. Sempena memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, tarikh tersebut kini diabadikan sebagai “Hari Malaysia”. Perayaan ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat patriotik dan perpaduan yang tinggi di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Artikel ini akan menghuraikan tiga fakta menarik tentang Hari Malaysia untuk pengetahuan dan bacaan semua. 

Singapura Sebagai Sebahagian Daripada Persekutuan Malaysia

Hari Malaysia - 3 Fakta Menarik Wajib Tahu!

Tahukah anda bahawa penubuhan Persekutuan Malaysia dahulunya tergolong daripada Tanah Melayu, Singapura serta Sabah dan Sarawak dalam membentuk negara Malaysia? Untuk makluman, bapa pengasas Singapura dan Perdana Menteri pertama Kota Singa yang disegani iaitu mendiang Lee Kuan Yew merupakan penyokong kuat dalam penggabungan Singapura sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

Walau bagaimanapun, Singapura telah meninggalkan persekutuan tersebut dua tahun selepas tarikh penubuhan iaitu pada tahun 1965, ekoran peningkatan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu lalu kini membentuk negara berdaulat Singapura. 

Cuti Umum

Hari Malaysia - 3 Fakta Menarik Wajib Tahu!

Sebelum ini, Hari Malaysia hanya disambut di Sabah dan Sarawak untuk meraikan secara rasmi hari kemerdekaan dua negeri tersebut daripada penjajahan British. Akan tetapi, Hari Malaysia kini disambut dengan meriah oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk di Semenanjung setelah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan pada tahun 2010 bahawa tanggal 16 September adalah cuti nasional buat semua.

Tema & Logo Hari Malaysia

Hari Malaysia - 3 Fakta Menarik Wajib Tahu!
Sumber Gambar: Kosmo Online

Setiap sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan akan disambut dengan pelbagai tema dan logo yang terpilih untuk menggambarkan semangat patriotik dan perpaduan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sebagai contoh, sambutan Hari Malaysia 2019 adalah bertemakan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 24 Julai 2019 sempena Hari Kemerdekaan tempoh hari.

Tema tersebut bertujuan untuk memupuk kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama. Manakala untuk logo pula, pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk mengekalkan logo rasmi tahun lalu dengan tambahan tema terkini, berserta dengan ‘Malaysia Bersih’ sebagai lagu utama untuk sambutan tahun ini. 

Bagaimanakah anda meraikan sambutan Hari Malaysia? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa juga untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan.


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *