10 Tawaran Bulan Oktober Malaysia 2019

10 Tawaran Bulan Oktober Malaysia 2019

Posted by

Pejam celik kita telah berada pada awal bulan Oktober dan ianya bermakna tahun 2019 bakal berakhir tidak lama lagi. Sebelum tahun baru menjelang tiba, apa kata anda raikan sisa-sisa tahun 2019 ini dengan membuat penjimatan lebih lumayan dengan bermacam promosi yang ditawarkan pada bulan ini? Berikut adalah senarai 10 tawaran bulan Oktober Malaysia 2019:

Sumber Gambar: FB Shopee

1. Shopee 10.10 Brands Festival

Shopee 10.10 Brands Festival datang lagi! Bagi yang ternanti-nantikan untuk membeli-belah dengan senang hati boleh lah mengambil peluang yang datang setahun sekali ini untuk merebut peluang memperolehi RM10 percuma caj pengeposan, dan promosi sebanyak RM10 untuk pelbagai jenis barang!

Anda boleh layari laman facebook atau aplikasi mudah alih Shopee untuk maklumat lanjut. Tertakluk kepada terma dan syarat.

#ShopeeMY1010 #ShopeeBrandsFestival

Tarikh: 10.10.2019

Boleh didapati di: Aplikasi mudah alih Shopee atau laman web

Sumber Gambar: FB Shopback

2. Shopback 10.10

10.10 Shopback ShopFest bakal kunjung tiba pada 10 Oktober 2019 ini! Rebut peluang seperti berikut untuk membeli-belah dengan lebih penjimatan:

  • RM50 potongan dari tempahan bilik pertama
  • Baucar eksklusif dan rebat tunai bonus untuk dimenangi
  • Sehingga 10% rebat tunai upsized
  • Shopee Mall, H&M, Booking.com, Agoda dan pelbagai lagi

Pilih barangan yang anda hendak beli dan tunggu sehingga 10.10 tiba untuk nikmati promosi hebat tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk menerima pulangan rebat tunai yang besar juga!

Tarikh: 10.10.2019

Boleh didapati di: Aplikasi mudah alih Shopback

Sumber Gambar: FB Watsons

3. Watsons 10.10 Online Power Sale

Watsons 10.10 Online Power Sale akan bermula dari 7 sehingga 13 Oktober 2019 ini! Watsons menawarkan promosi sebanyak 80% serta RM25 potongan segera dengan pembelian minimum RM150. 

Tertakluk kepada terma dan syarat. Sementara stok masih ada. 

Tarikh: 7 Oktober 2019 – 13 Oktober 2019

Boleh didapati di: Aplikasi mudah alih Watsons sahaja

Sumber Gambar: FB Spark Life

4. Spark Life 10.10 10%

Untuk setiap pesanan dari sekarang sehingga 10 Oktober jam 11:59PM, anda akan diberikan promosi sebanyak 10% yang diterapkan secara automatik. Tidak kira jika anda hendak menggunakan perbankan atas talian atau pemindahan bank ATM, anda boleh memilih sebarang kaedah pembayaran setelah selesai pemesanan.  

Tarikh: Sehingga 10.10.2019, jam 11:59PM

Boleh didapati di: Laman web Spark Life

Sumber Gambar: Laman web IKEA

5. IKEA Half Price Home Delivery

Bagi penggemar barang-barang rumah IKEA, pastikan anda rebut peluang ini untuk menikmati 50% diskaun untuk caj pengeposan bagi pesanan dalam talian dan dari ruang pameran dari 27 September sehingga 13 Oktober 2019 ini.

Tertakluk kepada terma dan syarat. Anda boleh layari laman web IKEA untuk maklumat lebih lanjut.

Tarikh: 27 September 2019 – 13 Oktober 2019

Boleh didapati di: Laman web IKEA atau ruang pameran berdekatan

Sumber Gambar: FB A-Look Eyewear

6. A-Look Eyewear Year End Sale

A-Look Eyewear kembali lagi dengan Promosi Akhir Tahun atau Year End Sale mereka. Bagi individu yang hendakkan kaca mata baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, inilah masanya untuk anda lupakan yang lama dan beli yang baru! Antara yang ditawarkan termasuk:

  • Dapatkan cermin mata hitam percuma dengan setiap pembelian bingkai/cermin mata hitam berjenama
  • Dapatkan kaca mata kedua dengan diskaun 50% untuk kaca mata yang terpilih
  • Beli 2 kaca mata dan dapatkan yang ketiga dengan percuma

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Tarikh: Bermula dari 3 Oktober 2019

Boleh didapati di: Kesemua cawangan A-Look Eyewear di Malaysia

Sumber Gambar: FB Marks & Spencer

7. Marks & Spencer Mid Season Sale

Kunjungi ke cawangan Marks & Spencer berhampiran anda dan nikmati potongan harga barang-barang terpilih serendah RM29. Perbaharui koleksi pakaian anda dengan diskaun sebanyak 50% untuk pakaian wanita, pakaian lelaki, pakaian kanak-kanak* dan pakaian dalaman.

Terma dan syarat:

  • Tertakluk kepada terma dan syarat
  • Eksklusif pembelian di kedai
  • Sementara stok masih ada
  • Pakaian kanak-kanak hanya boleh didapati di KLCC, 1 Utama dan Mid Valley Southkey

Tarikh: Bermula dari 1 Oktober 2019

Boleh didapati di: Cawangan Marks & Spencer berdekatan anda

Sumber Gambar: FB Royale Pharma

8. Royale Pharma Beauty Pink Sale

Salah sebuah farmasi terkenal di Malaysia iaitu Royale Pharma kini memberikan diskaun lebihan untuk barangan peribadi, kosmetik, produk supplement kecantikan dan kesihatan yang berwarna merah jambu atau pink.

Layari laman facebook Royale Pharma untuk maklumat lanjut:

Tarikh: 1 Oktober 2019 – 13 Oktober 2019

Boleh didapati di: Kesemua cawangan Royale Pharma di Malaysia

Sumber Gambar: FB SaSa Malaysia

9. Sa Sa October Pink Sale

Sempena “October Pink Sale” pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2019 ini, Sa Sa Pink Celebration Sale memberikan tawaran yang lebih lumayan dengan barang kedua @ 50% diskaun, barang kedua @ RM10 berserta harga rata atau flat prices bermula daripada RM50.

Tarikh: 1 Oktober 2019 – 31 Oktober 2019

Boleh didapati di: Cawangan Sa Sa berdekatan anda

10. Dr. KO End of Decade Sale

Jualan tahunan Dr.KO tiba lagi! Bagi mereka yang mahukan rawatan facial, rebutlah peluang keemasan yang bermula dari 1 Oktober 2019 sehingga 31 Oktober 2019 ini!

Layari laman facebook Dr. Ko untuk butiran lanjut. 

Tarikh: 1 Oktober 2019 – 31 Oktober 2019

Boleh didapati di: Cawangan Klinik Dr. KO berdekatan anda

Jangan lepaskan peluang dan rebut kesemua promosi berikut untuk penjimatan lebih banyak. Ikuti Jobstore.com untuk peluang pekerjaan baru, tip temuduga, dan pelbagai lagi!


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *