5 Punca Golongan Muda Bankrap

Posted by

 

Sebut sahaja perkataan bankrap, mesti anda takut kan? Tidak dinafikan bahawa trend ini sangat membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia hari demi hari, terutamanya golongan muda. Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, 58 peratus golongan yang diisytiharkan bankrap adalah golongan berusia 25 hingga 44 tahun.

 

Kebanyakan dari golongan muda adalah graduan lepasan kolej atau universiti dan baru menempuhi alam pekerjaan. Apakah punca-punca yang menyebabkan golongan ini bankrap?Ā 

 

Beli kereta melebihi kemampuan

Semestinya menjadi lumrah buat golongan muda yang ada lesen memandu sah untuk membeli kereta berjenama mewah bukan sekadar keperluan, malah terdapat juga berniat untuk menunjuk-nunjuk harta mereka kepada rakan-rakan. Namun, ramai golongan muda yang mendapat pekerjaan tetap sering membuat pilihan yang salah semasa membeli kenderaan sehingga diisytiharkan bankrap. Ini kerana mereka tidak membayar hutang kenderaan secara ansuran yang ditetapkan oleh pihak bank.

 

“Syok sangat” guna kad kredit

Salah satu punca berlakunya bankrap di kalangan golongan muda adalah penggunaan kad kredit yang tidak terkawal. Setiap kali anda melihat barangan-barangan berjenama, gajet-gajet terkini dan lain-lain di pusat membeli-belah, sudah tentu anda ingin berbelanja mewah denganĀ swipe kad tersebut. Namun, anda harus ingat bahawa kad kredit datang dengan kadar 5% minimun, manakala kadar faedah kad kredit ialah 18% setahun. Jadi, buangkanlah sifat boros anda membeli barangan-barangan mewah dengan menggunakan kad kredit dan amalkan sifat berjimat cermat dalam perbelanjaan.


Artikel berkaitan: Perbezaan Kad Kredit dan Kad Debit


 

Masih berhutang dengan pinjaman perumahan

Inilah akibat jika tidak melangsaikan hutang pinjaman perumahan.

Rumah atau hartanah merupakan satu aset pelaburan yang bagus, seiring dengan peningkatan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memiliki hartanah. Namun, ramai lagi masih menunjuk-nunjuk hasil “kekayaan” mereka dengan membeli rumah melebihi kemampuan tanpa melakukan perancangan selengkapnya. Sekiranya anda ingin membeli rumah pada usia yang muda, anda perlu membuat perancangan terlebih dahulu dan banyakkan membuat kajian tentang pengurusan kewangan supaya anda tidak akan terjerat dengan hutang pinjaman rumah.


Artikel berkaitan: Tips Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Berkerjaya


 

Pinjaman peribadi

Sama seperti pinjaman perumahan dan kad kredit, ramai golongan muda mengambil pinjaman peribadi semata-mata untuk membeli keperluan yang melebihi kemampuan mereka kerana mengikut kehendak atauĀ trendĀ pada zaman sekarang. Penggunaan pinjaman peribadi boleh menjadi bahaya sekiranya anda tidak mempunyai ilmu untuk menguruskan duit dengan betul. Oleh itu, perlulah anda mempersiapkan diri dengan cara pengurusan kewangan melalui ilmu asas kewangan yang lengkap.

Kesimpulannya, kes-kes bankrap di kalangan golongan muda di Malaysia merupakan salah satu isu kewangan yang serius berlaku pada era globalisasi ini. Tanpa segala ilmu kewangan ada pada diri kita sebelum membuat keputusan, sudah tentu kita akan terjerat dengan segala hutang yang perlu dilangsaikan. Jadi, kita perlulah menguruskan kewangan secara bijak untuk elakkan diri dari diisytiharkan bankrap.

 

Apakah langkah-langkah anda untuk mengelakkan diri anda dari disytiharkan bankrap? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa untuk layariĀ Jobstore.comĀ untuk lebih banyak peluang pekerjaaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *