Deepavali: Mengenali Tarian Tradisional India

Posted by

 

Hari Deepavali akan disambut tidak lama lagi dan kami berasa teruja untuk meraikannya! Selain upacara keagamaan dan rumah terbuka, perayaan tersebut dimeriahkan lagi dengan pertunjukan bunga api dan persembahan tarian tradisional kaum India.

 

 

Sebut sahaja tarian tradisional, anda pernah menyaksikan persembahan tarian semasa di bangku sekolah atau menghadiri pesta kebudayaan. Oleh itu, kami mengupas lebih lanjut tentang tarian tradisional kaum India.

 

Bharatanatyam

Tarian Bharatanatyam merupakan salah satu tarian klasik India yang popular di kalangan kaum India di Malaysia. Berasal dari wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India, tarian tradisional popular ini perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk dikuasai kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan.

Secara tradisionalnya, tarian Bharatanatyam dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Persembahan tarian Bharatanatyam dilengkapkan dengan enam peringkat, iaitu Alairippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Keenam-enam peringkat ini menggabungkan elemen Nritta (tarian tulen) dan Nritya (tarian ekspresi).

 

Odissi

Tarian Odissi atau dikenali sebagai Orissi merupakan satu daripada lapan bentuk tarian klasik India yang berasal dari negeri Odisha di bahagian timur India. Berdasarkan bukti arkeologi, tarian Odissi telah wujud kira-kira 2,000 tahun yang lalu dan merupakan tarian sekular pada ketika itu. Berbeza dengan tarian Bharatanatyam, tarian Odissi mempunyai perbezaan peringkat dalam persembahan tersebut, dengan keutamaan diberikan kepada Tribhangi, pergerakan bebas kepala, dada dan pelvis dan Chaukayang (kekuda asas yang lurus) yang melambangkan Dewa Jagannath.

 

Kathakali

Tarian Kathakali merupakan salah satu tarian klasik India berasal dari Kerala (India Selatan). Persembahan tarian ini merupakan gaya tarian paling rumit dan dilakukan dalam gaya bermain teater. Apa yang beza dari tarian-tarian klasik India lain iaitu para penari Kathakali menggunakan riasan wajah serta kostum semasa persembahan tarian tersebut. Riasan wajah-wajah penari dapat dibezakan sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa ksyatria) dan tamasyik (rupa syaitan).

 

Kathak

Tarian Kathak merupakan gaya tarian klasik India yang berasal dari India Utara. Tarian ini adalah bersifat naratif dan dicirikan dengan gerakan kaki yang pantas dan berputar, manakala gaya tarian ini berasal daripada beberapa pengaruh pada zaman dahulu seperti pengaruh mitologi Kathaks, tarian kuil dan pergerakan Bhakti.

 

Mohiniyattam

Tarian Mohiniyattam atau Mohini Attam menceritakan tentang Bhasmasura (syaitan jahat yang digelarkan oleh orang Hindu) yang mendapat anugerah daripada Tuhan bahawa dia tidak boleh dibunuh oleh lelaki mahupun wanita. Dewa Vishnu pula menjelma sebagai wanita cantik bernama Mohini lalu menari, menggoda dan membunuh Bhamasura yang bertukar menjadi abu kerana memegang kepala sendiri dengan tangan.

 

Kuchipudi

Tarian Kuchipudi adalah tarian klasik India yang popular di seluruh India Selatan. Nama Kuchipudi diambil dari nama sebuah kampung di Divi Taluka terletak di daerah Krishna, yang bersempadan dengan Teluk Bengala. Menurut Uthaya Sankar SB dalam blog beliau, salah satu keunikan tarian Kuchipudi ialah aksi tarangam di mana penari melakukan gerak-geri tarian sambil berdiri di atas talam tembaga.

 

Dalam senarai di atas, tarian apa yang anda ingin cuba untuk memantapkan skil tarian anda sempena cuti perayaan Hari Deepavali? Kongsikan jawapan anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa juga untuk ikuti Jobstore untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan banyak lagi!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *