Terdapat jurang yang luas antara pekerjaan yang tidak sempurna dengan pekerjaan yang merupakan ‘mimpi ngeri’ buat mereka yang mencari kerja. Saya akan mengongsikan 6 petanda anda akan sengsara dengan majikan baru untuk kerja yang dipohon.
Bekerja di dalam suasana pejabat yang negatif ternyata akan menguras tenaga dan tahap keyakinan seseorang. Contohnya, jika anda seorang introvert dan kerja yang dipohon memerlukan anda untuk menghadiri beberapa majlis keramaian untuk tujuan peningkatan jualan syarikat, ianya sudah tentu akan membuatkan anda berasa tidak selesa, hilang keyakinan diri, mahupun berasa seronok dengan pekerjaan anda. Pengurus yang tidak bertanggungjawab atau syarikat mengalami masalah kewangan juga tergolong dalam 6 petanda anda akan sengsara dengan majikan baru.
Berkaitan: Bagaimana Untuk Menilai Budaya Syarikat Semasa Temuduga
Jika anda bertuah, anda tidak akan mengalami pengalaman seperti ini sepanjang kerjaya anda. Sebagai langkah berjaga-jaga, perhatikan petanda-petanda seperti berikut semasa sesi temuduga sebelum terperangkap di dalam persekitaran kerja yang toksik.
Sesi temuduga yang kelam-kabut
Ianya tidak dapat dielakkan jika sesi temuduga perlu dianjakkan ke hari yang lain. Tambah pula jika anda hendak ditemuduga oleh para eksekutif yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Walau bagaimanapun, jika setiap temuduga sering bertukar hari atau masa, individu berkenaan pula sering lewat atau tidak bersedia ketika sesi temuduga, itu adalah petanda yang tidak baik.
Sekiranya individu tersebut sedar akan tanggungjawab mereka serta bersikap profesional, mereka tidak akan berbuat demikian semasa sesi temuduga. Bayangkan jika sesi temuduga sudah kelam-kabut, apa pula yang akan berlaku jika anda menerima tawaran untuk bekerja di syarikat tersebut? First impression matters!
Rungutan dan ulasan yang mencurigakan
Sebelum temuduga, sangat disarankan untuk anda pergi ke laman Glassdoor untuk mengkaji sebarang rungutan dan ulasan yang mencurigakan tentang syarikat tersebut. Tidak semua ulasan yang dinyatakan di dalam talian adalah benar, tetapi sekiranya anda perasan akan rungutan yang sama sahaja — berkemungkinan besar perkara tersebut adalah benar sama sekali.
Selain daripada menyemak dalam talian, anda juga boleh memerhati suasana sekeliling pejabat semasa menunggu giliran untuk ditemuduga. Adakah suasana pejabat tampak suram? Atau adakah air muka atau gerak tubuh para pekerja mereka kelihatan tidak bersemangat atau sugul? Kesemua petanda ini memainkan peranan besar dalam menentukan sama ada persekitaran kerja adalah positif atau negatif.
Tingkah laku penemuduga
Siapa tidak seronok jika ditawarkan kerja on-the-spot bukan? Berhenti berangan dulu. Tidak salah untuk anda bersikap skeptikal sekali-sekala kerana jawapan yang anda berikan akan menentukan hala tuju kerjaya anda. Penemuduga yang jujur atau profesional akan memberikan anda masa yang secukupnya untuk anda mempertimbangkan tawaran kerja.
Gaya kerja si penemuduga turut dapat dinilai sebagai petanda. Contohnya, jika mereka kerap mengata tentang pekerja lain ketika temuduga, itu adalah salah satu daripada 6 petanda anda akan sengsara dengan majikan baru kerana mereka tidak mencerminkan sebarang perhubungan profesional yang positif.
Sesi perundingan umpama berurusan dengan musuh
6 petanda anda akan sengsara dengan majikan baru boleh dinilai semasa sesi perundingan sedang berlangsung. Kesepakatan di antara pekerja dan majikan adalah penting dan jika majikan menawarkan gaji yang lebih rendah dari yang sepatutnya, anda berhak untuk berunding dengan mereka. Sesi perundingan pula haruslah dijalankan dengan tenang dan saksama di antara kedua belah pihak. Para majikan harus bersikap profesional dan para pencari kerja juga turut haruslah merunding perkara yang masuk akal.
Peranan kerja tidak dinyatakan dengan jelas
Sekiranya penemuduga tidak menyatakan dengan jelas peranan kerja anda, tidak salah untuk anda kerap bertanya sehingga memperoleh jawapan yang sewajarnya. Jika tidak, anda boleh mempertimbangkan untuk menolak tawaran tersebut seawal yang mungkin. Pernyataan peranan kerja adalah tanggungjawab setiap majikan dan pencari kerja berhak untuk dimaklumkan akan perkara tersebut.
Kadar pusing ganti yang tinggi
Situasi berhenti kerja adalah fenomena biasa di setiap syarikat. Ianya sudah menjadi kebiasaan untuk pekerja melompat dari satu kerja ke kerja yang lain. Akan tetapi, terdapat juga pekerja yang ‘lari’ daripada syarikat mereka ekoran kadar pusing ganti yang tinggi.
Permasalahan tersebut disebabkan oleh pengurusan syarikat yang lemah, syarikat tiada penetapan keuntungan untuk masa hadapan dan pelbagai lagi. Terdapat banyak sebab untuk seseorang meninggalkan pekerjaan mereka, tetapi reaksi daripada penemuduga berkemungkinan dapat mendedahkan punca sebenar.
Walaupun nampak remeh, tetapi petanda-petanda seperti di atas dapat membantu mengelakkan anda daripada berasa sengsara dengan majikan baru. Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa ikuti Jobstore.com untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan banyak lagi!
Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.
Reach me at: nurin@jobstore.com