Co-Working Space

9 Co-Working Space Menarik Di Kuala Lumpur

Posted by

Co-working space atau ruang kongsi kerja kini semakin popular dan berkembang dengan pesatnya bak cendawan di sekitar bandar Kuala Lumpur. Apa itu co-working space? Konsepnya lebih kurang sama seperti pejabat konvensional, tetapi yang membezakannya adalah budaya kerja serta penyediaan kemudahan yang pelbagai serta lebih fleksibel.

Suasana kerja di co-working space adalah lebih santai berbanding dengan ruang pejabat konvensional. Dengan kewujudan co-working space ini, mereka yang bekerja luar dari pejabat, freelancer atau para usahawan kecil-kecilan boleh membuat kerja mereka dengan fleksibel, tenang dan selesa. Tidak perlu lagi berebut tempat atau bersesak-sesak di Starbucks atau Mcdonalds hanya untuk menggunakan kemudahan wifi percuma.

Co-working space boleh disewa dengan harga yang berpatutan mengikut keperluan individu atau kumpulan dengan memberi pilihan sewaan secara harian atau bulanan. Turut ada juga ruang kongsi kerja yang menawarkan pakej keahlian buat mereka yang berminat. Jika dibandingkan dengan sewaan pejabat yang boleh mencecah ribuan ringgit sebulan, saya berpendapat co-working space menawarkan harga sewaan yang lebih berbaloi.

Sekiranya anda berminat dengan konsep co-working space ini, saya kumpulkan 9 lokasi ruang kongsi kerja yang anda boleh cuba kunjungi di sekitar Kuala Lumpur.

 


Artikel Berkenaan: Aspek Utama Model Perniagaan Co-Working


 

Sumber Gambar: FB Colony Coworking Space

Colony

Ditubuhkan pada tahun 2017, Colony adalah sebuah co-working space popular di Kuala Lumpur hasil daripada ‘kraftangan’ Timothy Tiah dan isterinya Audrey Ooi. Mempunyai beberapa cawangan sekitar KL, Colony menyediakan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, kafe, bilik urut dan banyak lagi untuk kegunaan para penyewa.

Layari laman web Colony untuk maklumat lanjut.

 

Sumber Gambar: FB WORQ Coworking Space

Worq

Worq merupakan ruang kongsi kerja yang telah memenangi beberapa anugerah berprestij sebagai salah satu co-working space terbaik di Lembah Klang. Dengan mengangkat misi sebagai sekumpulan komuniti produktiviti, Worq menjanjikan ruang bekerja yang selesa, fleksibel dengan harga sewa yang berpatutan.

Layari laman web Worq untuk maklumat lanjut.

 

Sumber Gambar: Business Today

Regus Tribeca

Merupakan salah satu penaung co-working space di Kuala Lumpur, Regus Tribeca menyediakan sebanyak 102 buah pejabat, 371 ruang kerja dan 3 bilik mesyuarat untuk kegunaan penyewa. Sebuah restoran juga disediakan di dalam bangunan tersebut untuk kemudahan penyewa co-working space Regus Tribeca.

Layari laman web Regus Tribeca untuk maklumat lanjut.

 

Sumber Gambar: FB CommonGround.work

Common Ground

Common Ground adalah sebuah co-working space yang ditubuhkan dengan visi untuk menyokong komuniti usahawan persendirian. Mereka juga akan membuka cawangan bukan sahaja seluruh Malaysia, tetapi juga sekitar Asia Tenggara.

Layari laman web Common Ground untuk maklumat lanjut.

 

Sumber Gambar: FB DOJO KL

Dojo KL

Apa yang membezakan co-working space Dojo KL ini dengan yang lain adalah tema ruang kongsi kerja mereka yang berkonsepkan kontemporari moden dengan reka bentuk tradisional Jepun. Antara kemudahan yang disediakan adalah kemudahan internet yang laju, tempat chill dengan kerusi rotan berhayun malah hot shower juga turut disediakan!

Layari laman web Dojo KL untuk maklumat lanjut.

 

Sumber Gambar: FB Nomad Malaysia

Nomad Malaysia

Terletak di SS18 Subang Jaya, Nomad Malaysia adalah sebuah co-working space berkonsepkan modern yet minimal sesuai untuk minimalist yang ingin bekerja tanpa komitmen tinggi menyewa sebuah pejabat yang besar. Apa yang istimewa tentang Nomad Malaysia adalah mereka menyediakan akses 24 jam untuk kesenangan para penyewa.

Layari laman web Nomad Malaysia untuk maklumat lanjut.

 

Sumber Gambar: WeWork Equatorial Plaza

WeWork

Merupakan cawangan pertama di Kuala Lumpur, WeWork di Equatorial Plaza menyediakan bilik istirehat, ruang pejabat peribadi serta bilik mesyuarat dengan reka bentuk sophisticated yang pasti akan membuat sesiapa sahaja berasa seronok untuk bekerja. Kemudahan pengangkutan seperti monorail, MRT dan LRT juga terletak berdekatan, lantas menjadikan WeWork sebagai co-working space yang ideal.

Layari laman web WeWork untuk maklumat lanjut.

 

Sumber Gambar: FB Komune Coworking

Komune

Mempunyai cawangan di Bangsar South dan Wisma UOA 11, KLCC, Komune adalah co-working space pilihan ramai dengan ruang pejabat peribadi serta bilik mesyuarat yang dihias cantik bagi keselesaan mereka yang bekerja. Pelan keahlian Komune juga boleh dilanggan untuk kesenangan penyewa.

Layari laman web Komune untuk maklumat lanjut.

 

Sumber Gambar: FB CO3 Social Office

CO3 Social Office

Slogan work hard play hard ini boleh dirujuk kepada CO3 Social Office kerana mereka menyediakan gelongsor untuk para penyewa, di samping ruang bekerja peribadi dan ruang istirehat yang selesa. Oleh itu, sesiapa yang inginkan suasana bekerja yang fun dan produktif, bolehlah kunjungi ke co-working space ini.

Layari laman web CO3 Social Office untuk maklumat lanjut.

Menarik kan konsep co-working space ini? Banyak pula tu kemudahan yang disediakan! Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa juga untuk ikuti Jobstore.com untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan pelbagai lagi.


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *