Pengenalan Kerjaya: Tugas dan Peranan Doktor Gigi

Posted by

Anda pernah berasa takut atau fobia berjumpa dengan doktor gigi setiap kali mengalami kesihatan gigi. Kami tahu ia merupakan perkara biasa yang anda mengalami ketika berkunjung ke klinik gigi.

Sama seperti doktor kesihatan awam, doktor gigi merupakan kerjaya yang paling mulia dan mencabar bagi sesiapa yang berminat untuk memberikan perkhidmatan pergigian kepada masyarakat. Namun, negara kita masih lagi ketandusan kepakaran doktor gigi sejak kebelakangan ini. 

 

Tugas dan peranan

Tugas doktor gigi bukan sekadar mencabut dan menampal gigi yang anda biasa tahu, sebaliknya ada beberapa tugas yang doktor gigi perlu lakukan. Sebelum memulakan rawatan terhadap pesakit, doktor gigi membuat diagnosis ke atas pesakit untuk mengetahui apa jenis kerosakan gigi yang dihadapi oleh pesakit. Doktor gigi juga memeriksa gigi, gusi, rahang dan tisu mulut dengan menggunakan kelengkapan pergigian dan x-ray untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh pesakit, termasuk tanda-tanda yang agak serius pada gigi pesakit seperti karies gigi dan gusi bernanah. 

Doktor gigi bukan sahaja bertugas untuk memeriksa gigi pesakit dan menjalankan pembedahan pada mulut dan rahang, malah doktor gigi juga berperanan dalam menguruskan pentadbiran. Antaranya ialah menghadiri sesi audit untuk membincangkan kes-kes tertentu seperti masalah kesihatan gigi yang serius yang dihadapi oleh pesakit, membincangkan tentang rawatan dan memberi khidmat nasihat serta pendidikan kesihatan gigi kepada semua masyarakat.

Pengetahuan dan kemahiran

Kemahiran komunikasi merupakan salah satu kemahiran terpenting yang perlu ada pada doktor gigi bagi memudahkan urusan rawatan terhadap pesakit secara berkesan. Hal ini akan memudahkan doktor gigi untuk mengambil berat tentang pesakit dan mengetahui punca kesakitan yang dialami oleh pesakit. Selain itu, doktor gigi juga memerlukan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam masa yang singkat dan betul semasa menguruskan pesakit yang sedang menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan gigi. Tambahan pula, pengetahuan dalam etika pergigian merupakan perkara yang paling mustahak bagi doktor gigi selain daripada kemahiran menulis rekod pergigian, pentadbiran dan teknologi maklumat dalam mematuhi kod etika profesional demi kepentingan pesakit, orang awam dan profesion.

 

Adakah anda tahu apakah peranan dan tugas doktor gigi? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa juga untuk ikuti Jobstore untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan banyak lagi!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *