Jawatan Kosong Terkini Disember 2019

Posted by
 

Tahun 2019 tidak lama lagi akan melabuhkan tirai! Masih lagi tidak dapat peluang kerja sepanjang tahun 2019? Inginkan perubahan kerjaya untuk mulakan tahun baru 2020? Jangan risau! Kami ada menyenaraikan syarikat-syarikat yang kini membuka pelbagai jawatan kosong untuk anda memohon sepanjang bulan Disember 2019!

Jangan tunggu lagi, geng! Mohon sekarang!

 

Senarai Syarikat-Syarikat Mengambil Untuk Kemasukan Disember 2019

 

AEON CREDIT SERVICE (M) BERHAD

Aeon Credit Service merupakan penyedia perkhidmatan kewangan pengguna terunggul yang beroperasi di Jepun, Malaysia, Hong Kong, Thailand, Taiwan dan China. Syarikat ini ditubuhkan di Malaysia pada 6 Disember 1996 untuk menyediakan skim bayaran mudah untuk pembelian barangan pengguna dan skim kewangan peribadi berdasarkan prinsip Syariah.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

 

RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHD

Richworks Group of Companies adalah sebuah kumpulan syarikat konglomerat multinasional yang merangkumi Richworks Human Capital Development Sdn Bhd. Diasaskan oleh Dr Azizan Osman, Richworks telah berkembang menjadi sebuah organisasi penganjuran seminar terulung di Malaysia dalam masa 6 tahun. Mulai 2008, Richworks secara khususnya, menyediakan program-program berbentuk pendidikan dalam bidang pembangunan kemuncak prestasi diri serta pembangunan diri.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

 

ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN BHD

Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB) merupakan syarikat induk dan salah satu peneraju utama di Kumpulan Adabi. ACISB dikelola dan diteraju secara professional dan berpandu sepenuhnya pada produk dengan memberi penekanan yang sama terhadap Penyelidikan dan Pembangunan serta Jualan & Pemasaran. Menyenaraikan produk lebih dari 33 jenis produk di bawah 4 kategori berikut: serbuk rempah campuran, pes sedia proses, campuran tepung dan sos soya.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

 

YOUNGREEM ELECTRONICS (M) SDN BHD

Youngreem Electronics (M) Sdn Bhd merupakan syarikat perkilangan yang ditubuhkan pada tahun 1990. Syarikat ini berkhusus dalam pembuatan stamping logam, kimpalan spot, stamping, bahagian plastik dan pemasangan pintu ketuhar gelombang mikro.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

 

FIRSTCUBE SDN BHD

Firstcube Sdn Bhd ditubuhkan untuk menyelesaikan isu-isu kritikal, sama ada besar mahupun kecil, yang dihadapi oleh pelanggan-pelanggan. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan penyelesaian kepada pelanggan untuk membantu organisasi bagi mencapai visi syarikat dan mengoptimumkan prestasi dan produktiviti.

 

 

1690_logo_0_7233802.jpg (303×200)

YE CHIU NON-FERROUS METAL (M) SDN BHD

Moto syarikat Ye Chiu adalah untuk mengusahakan ke arah “Getting To The Bottom Of Every Problem & Rising To The Occasion Of Every Challenge.” Falsafah tersebut telah membantu mereka menuju ke arah perkembangan global.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

 

Cezars Kitchen Sdn Bhd

CEZARS KITCHEN SDN BHD

Cezars Kitchen Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2014 di Kuala Lumpur dan menguruskan perkhidmatan makanan untuk beberapa sekolah antarabangsa di seluruh Lembah Kelang. Syarikat ini berkhusus dalam dua bidang: menyediakan reka bentuk dalaman dapur dan ruang makan yang mewah untuk industri perkhidmatan makanan.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

 

Alliance Steel (M) Sdn Bhd

ALLIANCE STEEL (M) SDN BHD

Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. ditubuhkan pada April 2014 di Kuantan, Pahang merupakan syarikat transnasional pengeluaran keluli dan besi berintegrasi, pempropresan, pengagihan dan perdagangan dengan teknologi terbaru dan mempunyai keluli pelbagai variasi dan spesifikasi di dalam industri keluli di Malaysia.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

 

TULIP RESOURCES SDN. BHD.

Ditubuhkan pada tahun 1999, Tulip Resources Sdn. Bhd. (TRSB) adalah sebuah syarikat Bumiputera terletak di bandar KL. TRSB komited untuk menjadi peneraju utama dalam bidang integrasi sistem.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

 

WORLDSIGN INDUSTRIES SDN. BHD

WORLDSIGN INDUSTRIES SDN. BHD

Worldsign Industries Sdn Bhd merupakan syarikat induk di Kumpulan Syarikat Hy-Fresh yang berkhusus dalam pemprosesan daging ayam dan pemasaran di Semenanjung Malaysia.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

Adakah anda dapat apa yang anda cari? Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *