Cara Meminta Majikan Untuk Bantuan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Posted by
Ā 

Pelangsaian hutang pinjaman pendidikan seperti PTPTN, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sememangnya wajib dibayar setelah anda bekerja sepenuh masa. Namun, pasaran pinjaman pendidikan dan peningkatan hutang pinjaman pendidikan telah menjejaskan ekonomi pada zaman ini, bahkan ia telah menjadi satu perkara dalam pencarian kerja dan perundingan gaji.

 

 

Vector Infotech Sdn BhdĀ merupakan sebuah syarikat tempatan yang berkhusus dalam rangkaian industri dan teknologi telah memulakan inisiatif tersebut untuk meringankan bebanan kewangan pekerja dengan menawarkan bantuan bayaran balik pinjaman PTPTN sejak beberapa bulan lalu. Menurut kata Pengarah Urusannya Hii Ding Sin, syarikat tersebut komited untuk membantu pekerjanya melangsaikan hutang pinjaman PTPTN sebagai satu strategi untuk menarik, mengekalkan dan sebagai ganjaran kepada pekerja cemerlang dan pekerja baharu.

Jika anda ingin bekerja untuk syarikat yang menawarkan faedah pembayaran balik pinjaman pendidikan, anda perlu berunding dengan majikan anda terlebih dahulu. Nak tahu macam mana berunding dengan bos anda tentang bantuan bayaran balik pinjaman PTPTN, ikuti cara-cara seperti berikut!

Melibatkan diri anda dalam perbualan bersama majikan yang berpotensi semasa rundingan gaji

Anda perlu bertanya kepada majikan anda sama ada bantuan bayaran balik pinjaman balik PTPTN ditawarkan kepada pekerja semasa temuduga. Sekiranya majikan tersebut tidak menyedari tentang faedah tersebut, jelaskannya bahawa ia merupakan faedah yang membantu pekerja membayar balik pinjaman pelajar mereka. Andaikan konsep ini tidak dikenali oleh syarikat, anda boleh jadiĀ influencerĀ utama dalam memperkenalkan faedah tersebut kepada majikan yang berpotensi untuk menetapkan tawaran ini sebagai faedah.

 

Mengatur perjumpaan dengan majikan atau HR

Setelah anda mendapat tawaran kerja sepenuh masa, anda mungkin mengambil masa yang agak lama untuk berjumpa seseorang dalam syarikat dalam pertanyaan tentang penawaran faedah bantuan bayaran balik pinjaman PTPTN. Sekiranya anda berada dalam proses perundingan semula, anda perlu membincangkan tentang faedah tersebut bersama majikan anda. Jika tidak, anda boleh berhubung dengan jabatan sumber manusia (HR department). Sebaik sahaja anda memutuskan individu yang anda ingin berjumpa, adakan satu perbincangan formal untuk bincang perkara yang anda ingin sampaikan. Berbeza dengan perbincangan secaraĀ casual, perbincangan formal adalah lebih penting kerana ia akan membantu majikan anda untuk mempertimbangkan cadangan anda.

Bersedia dengan segala fakta tentang bantuan bayaran balikĀ  pinjaman PTPTN

Lengkapkan diri anda dengan fakta tentang bantuan bayaran balik pinjaman PTPTN dan pinjaman pendidikan yang lain secara teliti sebelum anda berjumpa dengan majikan atauĀ HR department untuk perbincangan. Faedah ini telah mendapat sambutan dari beberapa majikan-majikan di Malaysia bagi mendapatkan intensif pelepasan cukai selain dari meningkatkan prestasi dan produktiviti syarikat.Ā Oleh kerana faedah kepada sektor pekerjaan masih baru, majikan anda mungkin tidak mengenalinya.

Nyatakan nilai tambah dan mengapa anda berhak untuk mendapatkan bantuan tersebut

Sama seperti merundingkan kenaikan gaji kepada majikan, anda perlu menjelaskan mengapa mereka perlu membantu anda dengan faedah bantuan pembayaran balik. Seperti ramai sedia maklum dalam Belanjawan 2019, mana-mana majikan yang membantu pekerjanya untuk melangsaikan baki hutang PTPTN akan menikmati pelepasan cukai. Tiada jumlah minimum atau maksimum pembayaran pinjaman buat majikan bagi mendapatkan faedah daripada pelepasan cukai. Sekiranya majikan menawarkan pembayaran hutang sebanyak RM 50,000, beliau berhak mendapat pelepasan cukai sebanyak RM 50,000. Sudah tentu perkara ini mewujudkanĀ win-win situationĀ untuk anda dan majikan! 😀

Insentif kepada majikan

Majikan perlu membezakan diri daripada pesaing untuk memperoleh pekerja yang cemerlang bagi menarik ramai pekerja dan mengekalkan bakat yang terbaik dengan tawaran faedah bantuan pembayaran balik pinjaman pendidikan.

Apa yang anda lakukan sekiranya majikan tolak cadangan anda?

Sekiranya majikan menolak cadangan anda, sama ada mereka tidak boleh menawarkannya mahupun tidak termasuk dalam faedah syarikat, ia tidak bermakna pengakhiran untuk cadangan anda. Oleh itu, anda perlu mengenal pasti kenapa majikan menolak cadangan tersebut. Anda juga perlu melakukan penambahbaikan prestasi anda jika ia merupakan salah satu penyebab.

Klik di sini untuk informasi lanjut tentang faedah pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Bagi majikan yang mahu melangsaikan baki hutang PTPTN pekerjanya, pembayaran boleh dilakukan di laman web rasmi PTPTN melalui Portal Majikan Online.

 

Sudahkah anda cuba tanya majikan tentang bantuan bayar balik pinjaman PTPTN? Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! LayariĀ Jobstore.comĀ untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me atĀ sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *