Baru-baru ini seorang usahawan selebriti terkenal telah perkenalkan produk minuman iaitu susu pisang yang dikatakan dapat membantu merendahkan tekanan darah tinggi, membuang toksik dari badan, meningkatkan metabolisme, mengawalselia pengeluaran insulin dan pergerakan oksigen, mengurangkan obesiti dan sebagainya. Ramai netizen mempersoalkan tentang produk makanan tersebut yang mampu mengurangkan masalah kesihatan dan memberikan khasiat-khasiat yang tidak tepat untuk pengguna.
“Boleh percaya ke ni?”
Warga netizen menganggap bahawa setiap apa yang diiklankan itu adalah palsu kerana menurut mereka, produk susu pisang tersebut mengandungi gula yang tinggi yang kononnya dapat memberikan khasiat sedemikian. Oleh disebabkan itu, netizen menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap iklan susu pisang yang “overclaim” tersebut di media sosial, malah mengkritik usahawan kerana tidak peka tentang false advertising susu pisang itu.
“Ye ke susu pisang boleh kurangkan masalah kesihatan? Tipu lah…”
Walaupun usahawan tersebut akui kesilapan pada risalah yang tular di media sosial, sudah tentu pengiklanan tersebut salah kerana mengelirukan pengguna dengan akuan yang tidak benarkan. Isu seperti ini sebenarnya bukan pertama kali sudah terjadi, namun sudah banyak kali berlaku sejak kebelakangan ini. 🤦🏻♀️
Di bawah Peraturan 18(6), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa label makanan tidak boleh mengandungi akuan kesihatan seperti mencegah, mengurang, merawat dan menyembuhkan sesuatu penyakit dan kegagalan mematuhinya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak lebih dua tahun.
Menurut kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, “Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius penjualan dan pengiklanan produk susu pisang yang membuat akuan dilarang serta tular dalam media elektronik, media cetak, media sosial, risalah dan lain-lain.”
Dalam isu yang sama, ada juga beberapa penjual mendakwa produk-produk kesihatan boleh merawat segala penyakit seperti kencing manis, masalah rabun, kanser dan lain-lain dalam media yang disalurkan. Memanglah tindakan mereka salah juga sebab sanggup mengambil kesempatan atas kesusahan pengguna dengan menawarkan dakwaan overclaim semata-mata untuk keuntungan perniagaan mahupun peribadi.
Mengikut Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956, Seksyen 3, penjual sama sekali dilarang mendakwa produk mereka mampu menyembuhkan 20 jenis penyakit antaranya melibatkan:
- buah pinggang
- kusta
- masalah jantung
- kencing manis
- sawan
- lumpuh
- batuk kering
- asma
- kanser
- masalah pendengaran
- masalah penglihatan
- darah tinggi
- masalah mental
- ketidaksuburan
- kegagalan fungsi seksual
Kesan produk “overclaim” pada masyarakat
Dari segi fizikal dan kesihatan
Ramai yang masih terpedaya dengan testimoni-testimoni produk makanan, kecantikan dan kesihatan serta dakwaan yang kononnya memberikan janji bulan dan bintang kepada mereka di mana-mana platform atau media. Namun, semua ini akan mengakibatkan kesan buruk pada kesihatan pengguna. Misalnya, produk kesihatan yang mampu mengurangkan masalah penglihatan seperti rabun dan katarak. Walaupun tiada bukti saintifik yang mengesahkan dakwaan tersebut, produk itu akan menyebabkan kerosakan mata sehingga mengakibatkan buta pada kedua-dua belah mata.
Begitu juga dengan produk-produk kecantikan yang tidak mempunyai kelulusan dari KKM. Produk-produk tersebut mengandungi bahan terlarang seperti merkuri, hydroquinone dan tretinoin untuk mencerahkan kulit dengan cepat, namun memberi kesan jangka panjang pada kesihatan seperti kerosakan saraf otak, gangguan perkembangan janin, kanser dan lain-lain, manakala kesan sampingan termasuk iritasi pada kulit, mual dan muntah.
Dari segi pemasaran
Seperti yang ramai tahu produk overclaim akan menzahirkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen kerana dakwaan yang mengarut dan tiada bukti saintifik pada produk tersebut. Oleh kerana cara pemasaran produk overclaim di mana-mana platform dan media, ia akan mengakibatkan kehilangan setia pelanggan terhadap jenama atau syarikat kerana dakwaan yang mengelirukan, malah ia akan menjejaskan reputasi dan nama baik syarikat atau jenama. Bukan itu sahaja, syarikat atau jenama tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang atau hentikan operasi perniagaan serta merta sekiranya memasarkan produk overclaim yang mengandungi bahan-bahan terlarang dan perniagaan tidak mengikut standard of procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Akhir kalam, isu overclaim pada produk makanan, kecantikan dan kesihatan menjadi satu masalah besar dalam pemasaran dan perniagaan. Sekiranya anda terdedah kepada dakwaan yang tidak berasaskan fakta atau kajian saintifik pada produk overclaim di mana-mana platform dan media sosial, maka anda perlu lakukan kajian terlebih dahulu dan laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Jadilah pengguna yang bijak ya!
Pernahkah anda sebelum ini consume produk overclaim dan apa yang anda lakukan setelah itu? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.
Reach me at sarah@jobstore.com.