Alasan Anda Tidak Berani Memandu Walaupun Ada Lesen

Posted by
 

Lesen memandu merupakan perkara wajib diambil bagi sesiapa yang ingin mempunyai kereta sendiri sebagai keperluan harian. Namun, ada yang masih tidak cekap memandu di jalan-jalan besar di Malaysia.

Penulis sendiri pernah mempunyai pengalaman seperti ini walaupun ada lesen.

Ramai dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang memiliki lesen memandu, memperbaharuinya saban tahun namun ia hanya sekadar simpanan dalam dompet dan beg tangan kerana faktor situasi serta belum berkeupayaan membeli kenderaan persendirian.

Walaupun setelah mempelajari teknik pemanduan selamat untuk mendapatkan lesen, ada yang masih takut dan tidak cekap untuk memandu kenderaan persendirian di jalan raya. Jom ikuti apakah alasan di sebalik kita tidak berani memandu walaupun ada lesen memandu.

 

1. Kurang keyakinan diri

Ramai yang mempunyai lesen, tetapi tidak ada keyakinan memandu kerana timbulnya perasaan fobia apabila membaca dan melihat kemalangan atau pernah terbabit dalam kemalangan di jalan raya. Malah, ada juga yang pernah melanggar objek seperti tiang lampu ketika belajar atau sering dimarahi oleh pengguna-pengguna jalan raya ketika memandu di jalan raya.

 

2. Takut berlaku kemalangan

Ramai dalam kalangan yang mempunyai lesen memandu juga berasa ketakutan yang teramat sangat kerana bimbang akan terbabit dalam kemalangan di jalan raya atau melanggar pengguna jalan raya. Oleh sebab itu, mereka selesa menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan harian.

 


Artikel berkaitan: 5 Sebab Anda Perlu Menggunakan Pengangkutan Awam


 

3. Lupa tentang sistem kawalan kenderaan dan cara parking kereta setelah mendapat lesen

Anda tekad mahu menjadi pemandu berhemah di jalan raya, tetapi anda sering lupa bagaimana untuk kawal kenderaan anda dan cara parking kereta secara betul. Anda juga berasa gelabah ketika memijak pedal clutch dan tukar gear setelah menghidupkan enjin kereta.

 
4. Tidak mahu jadi punca utama kesesakan lalu lintas

Selain dari mempunyai rasa takut untuk memandu kenderaan di jalan raya, anda juga bimbang akan menjadi punca kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak. Sudah tentu ramai pengguna jalan raya akan terkesan dengan keadaan kesesakan lalu lintas yang melambatkan perjalanan mereka.

 
Ada alasan lain yang kami tidak sebut dalam artikel ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *