Penularan wabak Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV) turut menimbulkan kebimbangan kepada para majikan terutama jika berdepan situasi pekerja yang mempunyai sejarah kunjungan ke negara China atau mana-mana destinasi yang terjejas dengan wabak itu.
Bagi majikan yang masih lagi buntu bagaimana cara terbaik untuk mengendalikan perkara tersebut, rujuk garis panduan khas yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia seperti di bawah:
1. Mengarahkan pekerja menjalankan pemeriksaan dan perbelanjaan ditanggung majikan.
- Pemeriksaan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan yang ditetapkan mengikut Seksyen 60F Akta Pekerjaan 1955.
2. Memberikan gaji penuh kepada pekerja yang mendapat perintah kuarantin daripada pengamal perubatan berdaftar dari negara-negara dengan kes-kes 2019-nCoV kerana kewajipan rasmi/arahan majikan.
3. Tidak boleh mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji semasa tempoh kuarantin.
4. Memberi cuti sakit berbayar/ kelayakan hospital semasa tempoh kuarantin pekerja, sama ada di rumah atau hospital.
- Digalakkan memberikan imbuhan tambahan kepada pekerja jika perintah kuarantin melebihi cuti sakit/ kelayakan kemasukan ke hospital.
5. Tidak boleh menghalang pekerja datang bekerja jika tiada perintah kuarantin dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, namun boleh mengarahkan pekerja tidak sihat untuk tidak hadir dengan menyediakan cuti sakit berbayar.
Rosalinda is a content writer who writes career-related and lifestyle contents in Malay language. Rosalinda has a sweet tooth and can’t resist ice-cream.
Reach me at rosalinda@jobstore.com