Bekerja Dari Rumah : Bagaimana Majikan Awasi Pekerja

Bekerja Dari Rumah : Bagaimana Majikan Awasi Pekerja?

Posted by

Langkah kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu mendorong banyak majikan mengubah operasi syarikat kepada bekerja dari rumah.

Sebagai majikan, kaedah itu tentunya memberi lebih cabaran buat anda terutama dalam memantau pekerja secara jarak jauh. Timbul persoalan adakah pekerja benar-benar memanfaatkan waktu bekerja selama lapan jam yang ditetapkan atau menangguhkan tugasan yang diberikan?

Berikut kami kongsikan beberapa tips mudah bagaimana anda dapat mengawasi pekerja sekali gus mengekalkan tahap produktiviti warga syarikat terutama dalam mendepani tempoh bekerja dari rumah yang kini dilanjutkan sehingga 14 April.

#Makluman kerja pada awal pagi

  • Kuat kuasakan arahan agar pekerja memaklumkan pada setiap hari sama ada mereka mahu bekerja atau tidak. Makluman ini boleh diberitahu melalui platform kumpulan WhatsApp yang dianggotai ketua dan rakan-rakan seunit lain.

 

#Tetapkan “deadline”

  • Tetapkan tarikh akhir atau deadline untuk pekerja menyelesaikan tugasan yang diberikan. Sesekali tanyakan pada pekerja tentang tahap kemajuan kerja mereka. Buat susulan jika ada tugasan yang tertangguh dari tempoh yang ditetapkan. 

 

 

#Laporan ringkas sebelum tamat waktu kerja

  • Bekerja dari rumah ada kalanya mampu menyebabkan pekerja hilang fokus. Jadi, dengan adanya rutin laporan ringkas aktiviti harian sebelum tamat waktu bekerja, anda dapat meneliti prestasi di samping memberi cadangan untuk memperbaiki tugasan anak buah yang berdepan masalah.

 

#Mesyuarat mingguan dalam talian

  • Jika ada keperluan mungkin boleh adakan mesyuarat mingguan/berkala secara maya bersama pekerja. Selain dapat mengetahui kemajuan kerja anak buah, anda juga boleh memanfaatkan ruang itu untuk sesi perbincangan bersama mereka di samping menyampaikan arahan terbaharu.

 

#Pantau komputer riba syarikat

  • Majikan mempunyai kuasa untuk memantau produktiviti pekerja melalui rangkaian sistem syarikat yang ada dalam komputer riba pejabat. Menerusi sistem itu segala aktiviti pekerja dapat diperiksa dan dianalisis malah mampu mengesan bagaimana mereka memanfaatkan masa.

 

Hakikatnya, dalam usaha mewujudkan suasana kerja dari rumah yang fleksibel dan harmoni sebagaimana di pejabat, amat mustahak untuk majikan menanamkan sikap saling percaya di samping sentiasa berkomunikasi dengan pekerja. 

Sebarang pendapat kongsikan di ruangan komen di bawah. Layari Jobstore.com untuk pelbagai panduan pekerjaan di Malaysia dan informasi terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *