Elakkan 5 Kesalahan Ini Semasa Memohon Kerja

Elakkan 5 Kesalahan Ini Semasa Memohon Kerja

Posted by

Mencari kerja atau job hunting adalah antara fasa yang paling mencabar dan sukar bagi setiap orang terutamanya dengan persaingan ribuan graduan dan pencari kerja pada setiap tahun. Oleh itu, anda perlu elakkan daripada melakukan kesalahan-kesalahan kecil yang boleh menjejaskan permohonan pekerjaan anda.

Berikut kami kongsikan antara 5 kesalahan yang perlu anda elakkan semasa memohon kerja.

1. Permintaan Gaji Tinggi Yang Tidak Realistik

Elakkan 5 Kesalahan Ini Semasa Memohon Kerja

 

Permintaan gaji tinggi yang tidak realistik adalah antara punca kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan graduan dan pencari kerja di Malaysia.

Menurut sumber, lebih dua pertiga majikan merungut dengan graduan yang meminta gaji lebih tinggi berbanding yang ditawarkan antara RM2,400 hingga RM3,000 sambil hanya dua peratus majikan bersedia membayar gaji sebanyak RM3,000 sebulan kepada graduan yang baru tamat pengajian.

Tidak salah untuk menuntut gaji lebih tinggi namun, ia perlu realistik dan mengikut pasaran serta skop pekerjaan. Anda perlu menyumbang khidmat, tunjukkan kemahiran, bakat dan nilai yang lebih tinggi kepada majikan untuk menunjukkan anda layak menerima gaji yang anda minta.

2. Menggunakan E-mel Yang Tidak Profesional

Sebelum memohon kerja, pastikan anda cipta alamat e-mel yang profesional dan disarankan untuk menggunakan nama anda sendiri agar lebih mudah untuk anda dikenali. Pastikan alamat e-mel anda tidak terlalu kebudak-budakan kerana ia akan menjejaskan persepsi pertama majikan anda.  

Hal ini mungkin nampak remeh dan tidak penting tetapi banyak permohonan kerja yang ditolak kerana alamat e-mel yang digunakan tidak sesuai.

3. Tiada Subject Dan Body Message Dalam E-mel

Pastikan isi kandungan e-mel anda ringkas dan padat. Setiap e-mel yang anda hantar perlu ada subject dan body message untuk memberi idea kepada majikan tentang kandungan e-mel yang anda hantar.

4. Format Dan Nama Dokumen Yang Tidak Sesuai

Fail resume perlu dihantar dalam bentuk dokumen PDF dan bukannya Microsoft Words mahupun JPEG untuk mengelakkan format berubah. Apabila format berubah, susunan resume anda akan menjadi tidak kemas dan akan memberi tanggapan buruk kepada majikan yang melihat resume tersebut.

5. Tidak Buat Persediaan Sebelum Sesi Temu Duga

Elakkan 5 Kesalahan Ini Semasa Memohon Kerja

Antara salah satu faktor calon gagal dalam sesi temu duga adalah kerana tidak membuat persediaan. Calon yang membuat persediaan rapi sebelum sesi temu duga mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk berjaya.

Sebelum memohon kerja, anda disarankan untuk lakukan kajian (background research) ke atas syarikat yang dipohon. Pastikan anda faham jawatan dan skop kerja yang ditawarkan agar anda dapat elakkan diri daripada job scam.  

Selain itu, anda boleh membuat persedian dari segi mental dan fizikal agar dapat menghadiri sesi temu duga dengan penuh keyakinan. Anda boleh berlatih untuk menjawab soalan-soalan temu duga bersama rakan ataupun ahli keluarga. 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari pekerjaan.

Kongsikan pengalaman anda mencari kerja di ruangan komen di bawah. Ikuti kami di semua platform media sosial untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan dan banyak lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *