5 Fakta Menarik Sambutan Hari Raya Aidiladha

5 Fakta Menarik Sambutan Hari Raya Aidiladha

Posted by

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam pada hari kesepuluh bulan Zulhijah pada setiap tahun.

Ia merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadah haji di Mekah yang merupakan salah satu rukun Islam kelima.

Perayaan ini dimulai dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijah, seterusnya diikuti dengan solat sunat Aidiladha pada keesokan harinya.

Berikut kami kongsikan 5 fakta lain sambutan Hari Raya Aidiladha yang mungkin anda tidak tahu.

1. Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim Dan Nabi Ismail

5 Fakta Sambutan Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah SWT. Namun, ia ditukar ganti dengan binatang kibas.

Rentetan dari peristiwa ini, umat Islam akan menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkannya kepada golongan yang kurang bernasib baik pada setiap tahun ketika perayaan Aidiladha.

2. Waktu Penyembelihan Hari Raya Korban

Penyembelihan binatang korban hendaklah dilakukan pada Hari Nahar (10 Zulhijah) dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13. Korban tidak sah sekiranya dilakukan pada malam sebelum Hari Raya (10 Zulhijah) dan pada malam 14 Zulhijah. 

3. Jenis-Jenis Haiwan Korban

Haiwan yang hendak dikorbankan mestilah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain. Antara haiwan yang perlu dijadikan keutamaan untuk ibadah korban adalah unta, kerbau, lembu, biri-biri, dan kambing.

4. Cara Pelaksanaan Ibadah Korban

Pisau yang digunakan untuk perlulah tajam dan penyembelihan perlu dilakukan dengan pantas agar haiwan yang disembelih tidak terseksa dan mati serta merta.  

Selain itu, ia merupakan satu sunnah dan lebih afdal bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban untuk menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

Ia juga merupakan sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban untuk turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan memberi sedekah sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

5. Pantang Larang Sebelum Melaksanakan Ibadah Korban

5 Fakta Sambutan Hari Raya Aidiladha

Menurut sumber, bagi yang ingin melaksanakan ibadah korban, disarankan agar memotong kuku dan rambut sebelum hari penyembelihan korban iaitu dari tarikh 1 Zulhijah hingga 10 Zulhijah. Bagi yang terlupa dan telah memotong kuku dan rambut pada hari tersebut, tidak ada hukuman mahupun dosa yang berat, namun ia akan menjejaskan keutamaan dalam melakukan ibadah korban.

Hikmah di sebalik larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melakukan korban adalah untuk melambangkan pembebasan seluruh anggota badan dari api neraka. 

Semoga perkongsian ini memberi pengetahuan baru buat anda. Ikuti kami di Facebook, Instagram dan Twitter untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan dan banyak lagi!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

  1. Hari Malaysia – 3 Fakta Menarik Wajib Tahu
  2. Kereta Terbang: 5 Fakta Yang Anda Perlu Tahu
  3. Isu Produk “Overclaim” Menjejaskan Pemasaran Di Media

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *