'Monday Blues': Fakta Atau Hanya Mainan Psikologi?

‘Monday Blues’: Fakta Atau Hanya Mainan Psikologi?

Posted by

Monday Blues adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan emosi negatif dan tidak bersemangat yang dizahirkan dalam bentuk tekanan, kebimbangan dan keletihan yang berlaku lazimnya dirasai pada permulaan minggu iaitu hari Isnin. Penyebab utama munculnya sindrom Monday Blues ini masih belum dikenal pasti. Namun, benarkah sindrom Monday Blues ini wujud atau hanya sekadar mainan psikologi?

Menurut sumber, kajian membuktikan bahawa separuh daripada bilangan pekerja akan datang lewat ke pejabat pada hari Isnin. Selain itu, tempoh produktif seseorang pada hari Isnin adalah sekitar 3.5 jam sahaja. 

 

'Monday Blues': Fakta Atau Hanya Mainan Psikologi?

Pakar Psikologi Pendidikan dan Personaliti Universiti Sains Malaysia USM, Prof Madya Dr. Shahabuddin Hashim, beliau berpendapat bahawa sindrom itu biasanya bergantung kepada sejauh mana seseorang itu memahami maksud Monday Blues dan memberi respons terhadapnya.

Jika seseorang itu melihat sindrom Monday Blues ini sebagai satu sudut positif, maka perasaan emosi tersebut mampu ditangani dengan bijak. Ini kerana, kajian menunjukkan sindrom Monday Blues memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap kualiti kerja dan pembelajaran seseorang.

 

'Monday Blues': Fakta Atau Hanya Mainan Psikologi?

Bukan itu sahaja, malah tahap produktiviti seseorang akan berkurangan termasuklah kurang motivasi, kurang mengambil bahagian dalam perbincangan dan proses pembelajaran akan lambat berbanding dengan hari-hari lain.

Kesimpulannya, sindrom Monday Blues memang benar-benar wujud namun sesetengah daripada kita hanya menggunakan sindrom ini sebagai alasan. Oleh itu, jangan salahkan hari Isnin, Selasa, Rabu mahupun Ahad sekiranya anda mempunyai emosi yang tidak stabil. Apa kata anda cuba untuk perbaiki pengurusan diri agar hari anda menjadi lebih baik dan positif.

Semoga perkongsian ini memberi pengetahuan baru buat anda. Ikuti kami di FacebookInstagram dan Twitter untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan dan banyak lagi!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

  1. 6 Petanda Anda Terseksa Dengan Majikan Baru
  2. Gosip Di Pejabat: Pernah Jadi Mangsa Gosip?
  3. 10 Cara Ceriakan Hari Anda Dalam Masa 10 Minit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *