Teknologi Masa Kini Yang Telah Lama Wujud

Teknologi Masa Kini Yang Telah Lama Wujud

Posted by

Pasti ramai yang beranggapan teknologi masa kini adalah teknologi baharu hasil daripada inovasi yang dilakukan. Tapi sebenarnya, ia telah lama wujud tanpa kita sedar. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan antara 3 teknologi masa kini yang telah lama wujud dan dianggap canggih pada suatu ketika dahulu.    

1. Fon Telinga Tanpa Wayar

Tekonologi Masa Kini Yang Telah Wujud

Tekonologi tanpa wayar dibangunkan daripada dua idea dan teknologi. Idea pertama datang daripada jurutera Perancis, Ernest Mercadier pada tahun 1891 yang mencipta fon telinga pertama dunia yang dinamakan bi-telephone.

Idea kedua pula adalah daripada beberapa syarikat berbeza yang mencipta fon kepala pertama tanpa wayar atau radio headphone yang pertama di dunia pada dekad 1960-an dan 1970-an.

2. Penggoreng Udara (Air Fryer)

Penggoreng udara telah wujud sekitar 10 tahun dahulu. Sekitar tahun 1904, sebuah mesin yang mampu memasak menggunakan tekanan udara supaya khasiat dalam daging tidak hilang telah dipatenkan.

Pada tahun 1944, William L. Maxson telah mencipta sejenis ketuhar yang diberi nama Maxson Whirlwind Oven yang boleh memasak dan memanaskan semula sehingga enam hidangan berbeza serentak dalam masa 15 minit tanpa memerlukan minyak.

3. Telefon skrin sentuh

Tekonologi Masa Kini Yang Telah Lama Wujud

IBM Simon, adalah telefon pintar pertama dunia yang berjaya menyatukan skrin sentuh dengan sistem antara muka. Peranti yang dikeluarkan pada tahun 1994 ini direka oleh International Business Machines (IBM) dan dikeluarkan oleh Mitsubishi Electric. Ia layak digelar telefon pintar kerana fungsi-fungsi yang terdapat di dalamnya.

Semoga perkongsian ini memberi pengetahuan baru buat anda.

Ikuti kami di semua platform media sosial untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan dan banyak lagi!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

  1. 5 Fakta Menarik Sambutan Hari Raya Aidiladha
  2. Hari Malaysia – 3 Fakta Menarik Wajib Tahu!
  3. Kereta Terbang: 5 Fakta yang Anda Perlu Tahu
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *