ChatGPT atau Generative Pre-Training Transformer adalah sebuah bot sembang (chatbot) yang dilancarkan OpenAI pada November 2022.
Ia merupakan model pembelajaran mesin yang menggunakan teknik pembelajaran mendalam untuk menjana teks, seperti karangan manusia. Ia dilatih menggunakan set data yang dijana manusia dan ia boleh menjana respons yang bijak dan munasabah, menjadikannya berguna untuk tugas-tugas seperti penterjemahan bahasa, ringkasan teks dan perbualan.
Apakah fungsi ChatGPT ini? Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan antara 3 kelebihan ChatGPT yang bukan sahaja akan memudahkan para pekerja di pejabat bahkan juga para pelajar.
1. Meringkaskan teks atau dokumen yang panjang
ChatGPT boleh membantu meringkaskan teks atau dokumen dalam tempoh masa yang singkat. Anda hanya perlu copy paste teks atau dokumen yang anda mahu dan ChatGPT akan ringkaskan dalam jumlah bilangan perkataan tertentu.
2. Menghasilkan teks, e-mel atau dokumen
Sekiranya anda tidak mempunyai idea untuk menulis, ChatGPT boleh bantu! Anda hanya perlu tulis tajuk yang dikehendaki dan sistem ChatGPT akan jana dan tulis semuanya dengan lengkap.
3. Menterjemah teks
ChatGPT direka untuk membantu menterjemah teks daripada satu ke bahasa yang lain dengan betul dan lebih berkesan. Ia menyokong pelbagai jenis bahasa agar dapat memenuhi keperluan pengguna di seluruh dunia. ChatGPT menyokong beberapa bahasa antaranya bahasa Inggeris, Arab, Sepanyol, Perancis, Jerman, Dutch, Portugis, Itali, Belanda, Rusia, Korea dan Cina