Majikan di tempat kerja boleh memberi impak yang sangat besar kepada emosi dan kejayaan pekerja di tempat kerja.
Majikan yang baik boleh membantu pekerja untuk berkembang dan gembira di tempat kerja manakala majikan yang panas baran dan negatif boleh memberi kesan kepada emosi dan mental pekerja.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 3 jenis majikan di tempat kerja yang perlu anda ketahui.
1. Bertanggungjawab, bertoleransi dan penyayang
Majikan yang bertanggungjawab, bertoleransi dan penyayang akan menjadikan pekerja lebih positif dan bersemangat untuk datang ke pejabat setiap hari. Seorang majikan yang bertanggungjawab dan bertoleransi bukan sahaja akan memastikan emosi dan kebajikan pekerja terjaga malah akan mendorong pekerja untuk beraksi pada tahap yang lebih tinggi.
2. Narsistik
Seorang majikan yang narsistik hanya akan fikirkan tentang diri dan perasaan sendiri. Majikan yang narsistik juga gemar dirinya disanjung dan ditakuti. Mereka akan membuat keputusan berdasarkan perkara yang paling menguntungkan mereka dan meletakkan keperluan pekerja sebagai hal nombor dua.
Artikel berkaitan: 7 Jenis Bos Di Tempat Kerja. Anda Yang Mana Satu?
3. Cerewet dan beremosi
Majikan yang cerewet dan beremosi kebiasaannya akan mencari kesalahan pekerja. Mereka adalah majikan yang sombong, mempunyai cita rasa yang tinggi dan sejenis majikan yang mempunyai ekspetasi yang tinggi terhadap setiap perkara yang mereka lakukan.
Kesimpulannya, setiap majikan mempunyai personaliti dan sikap yang berbeza-beza. Sebagai pekerja, kita perlu terima dan bertahan selama mana yang kita mampu.
Kongsikan pengalaman bersama majikan anda di ruangan komen di bawah. Ikuti kami di semua platform media sosial untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan dan banyak lagi!
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:
1. Ini Rupanya Kelebihan ChatGPT Yang Ramai Tak Tahu