6 Cara Berkesan Pasarkan Diri Di LinkedIn

6 Cara Berkesan Pasarkan Diri Di LinkedIn

Posted by

LinkedIn adalah rangkaian profesional di internet yang terbesar di dunia. LinkedIn digunakan untuk mencari pekerjaan atau latihan amali (internship) yang sesuai, berhubung dan mengukuhkan hubungan profesional serta mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam kerjaya.

Sebagai seorang pelajar atau yang sudah bekerja, anda perlu tahu langkah mudah untuk menjadikan profil LinkedIn kelihatan profesional supaya lebih mudah untuk anda mendapat perhatian majikan di luar sana.

Dalam era digital ini, anda perlu mengenal pasti setiap peluang yang wujud untuk memasarkan diri. LinkedIn adalah salah satu media resume dalam talian yang lebih ringkas dan menjadi first impression untuk majikan anda.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 6 cara berkesan untuk anda pasarkan diri di LinkedIn.

1. Cipta profil yang menarik dan lengkap

6 Cara Berkesan Pasarkan Diri Di LinkedIn

Langkah pertama untuk memasarkan diri di LinkedIn adalah dengan memastikan profil anda lengkap dan menarik. Pastikan maklumat peribadi, pendidikan, pengalaman kerja, dan kemahiran anda dikemas kini.

Letakkan gambar profil yang profesional dan yang menunjukkan wajah anda dengan jelas. Tulis ringkasan diri yang menarik dan tunjukkan minat serta kepakaran anda. Profil yang lengkap dan unik akan menarik perhatian orang lain terutamanya majikan di luar sana. 

2. Bina rangkaian profesional

6 Cara Berkesan Pasarkan Diri Di LinkedIn

Mulakan dengan menambah kenalan rakan sekolah, universiti dan tempat kerja anda. Cipta hubungan profesional dengan orang-orang yang berkaitan dengan industri anda dan jangan takut untuk menghubungi mereka untuk berbincang atau berkolaborasi. Anda juga boleh sertai kumpulan (group) yang berkaitan dengan minat atau industri anda dan interact antara satu sama lain secara aktif. Rangkaian profesional yang kukuh akan membuka peluang yang lebih besar di LinkedIn.

3. Berkongsi kandungan yang bernilai

LinkedIn adalah tempat terbaik untuk berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Anda boleh kongsi pengetahuan dan pengalaman dalam dalam bentuk artikel, perkongsian, atau komen. Berkongsi kandungan yang bernilai akan menarik perhatian orang ramai, meningkatkan impressions, dan membina nama sebagai sumber maklumat yang berguna.

4. Cari peluang kerjaya 

LinkedIn merupakan antara platform terbaik untuk mencari peluang pekerjaan. Gunakan fungsi yang tersedia untuk mencari jawatan yang berkaitan dengan minat atau kemahiran anda. Jika anda berminat dalam perniagaan, anda boleh mencari syarikat-syarikat atau perniagaan yang berkaitan dengan bidang anda dan menjalin hubungan profesional dengan mereka.

Jangan takut untuk menghantar permohonan pekerjaan atau memulakan perbincangan dengan individu-individu yang berkaitan. LinkedIn menyediakan platform yang sesuai untuk menjalinkan hubungan profesional dan mencari peluang kerjaya yang sesuai.

5. Kekal aktif

Untuk berjaya di LinkedIn, anda perlu kekal aktif. Anda boleh cuba berinteraksi dengan connections melalui komen, like, atau share. Jangan lupa mengucapkan tahniah kepada kenalan anda sekiranya mereka mendapat pekerjaan baru atau mencapai pencapaian penting.

Sekiranya konsisten, anda sekaligus telah menunjukkan kepada connections bahawa anda adalah individu yang berpengetahuan dan berhubungan dengan dunia profesional.

6. Gunakan recommendation atau testimoni
 
Salah satu cara yang berkesan untuk membina kredibiliti dan reputasi di LinkedIn adalah dengan meminta recommendation atau testimoni daripada kenalan profesional. Sekiranya anda pernah bekerja dengan seseorang atau pernah menyumbang dalam projek yang berjaya, jangan malu untuk meminta mereka menulis recommendation tentang kerja anda. Testimoni yang positif akan memberi keyakinan kepada pihak lain tentang kebolehan dan kecekapan anda.

Kesimpulannya, untuk berjaya di LinkedIn, anda perlukan usaha yang berterusan. Dengan mengikuti 6 tips ini dengan konsisten, anda bukan sahaja akan memperluas jaringan profesional, malah dapat membina reputasi yang kuat dalam industri. 

Semoga perkongsian kami kali ini menjadi panduan untuk anda pada masa hadapan. 

Ikuti kami di semua platform media sosial untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan dan banyak lagi!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *