Ketahui 3 Sebab Kenapa Pengambilan Sarapan Penting Sebelum Bekerja

Posted by

Dalam menghadapi kesibukan bekerja, sesetengah orang tidak sempat untuk mengambil sarapan pagi atau tidak suka bersarapan pagi. Jika anda salah seorang daripada golongan ini, anda patut ubah sikap tersebut!

Ini kerana setiap kali apabila anda bangun dari tidur, badan anda sebenarnya kekurangan tenaga. Sarapan penting untuk kembalikan semula tenaga yang hilang supaya anda dapat menjalani rutin harian seperti biasa.

Jom kami kongsikan sebab-sebab lain kenapa sarapan pagi penting sebelum memulakan hari anda. 

1. Membantu untuk lebih fokus

Ketahui 3 Sebab Kenapa Pengambilan Sarapan Penting Sebelum Bekerja

Sebahagian tenaga di dalam badan yang berbentuk glukosa telah habis digunakan sebelum anda tidur. Oleh itu, sarapan pagi yang mengandungi glukosa dapat digantikan semula apabila anda makan dan ia merupakan salah satu bahan yang penting untuk kekal fokus dan produktif untuk menjalani rutin harian.

Jika anda tidak mempunyai masa atau tidak lalu makan, anda boleh sediakan hidangan sarapan yang ringkas, tetapi berkhasiat. Sebagai contoh, telur iaitu sumber protein yang membantu anda untuk kenyang dan rasa bertenaga dalam tempoh masa yang lebih lama. 

Artikel berkaitan: Pilihan Makanan Untuk Anak Fokus Dalam Pembelajaran

2. Membantu menurunkan berat badan

Ketahui 3 Sebab Kenapa Pengambilan Sarapan Penting Sebelum Bekerja

Menu sarapan pagi yang mengandungi kandungan protein yang tinggi boleh membantu menyekat keinginan untuk makan secara berlebihan. Keinginan untuk makan secara berlebihan ini boleh mendorong kepada tabiat makan makanan ringan yang semestinya tinggi dengan kandungan gula, garam dan lemak trans.

Artikel berkaitan: Atasi Tabiat Gemar Mengunyah di Pejabat

3. Memastikan metabolisme badan dalam tahap optimum

Metabolisme adalah kemampuan badan untuk mengubah makanan kepada tenaga, dan ia berlaku sepanjang hari. Dengan pengambilan sarapan pagi, ia akan memastikan metabolisme anda terjaga.

Semakin kerap anda mengamalkan pemakanan sihat di waktu pagi, semakin mudah badan anda mengikut rutin ini. Semangkuk bijian penuh atau telur dadar sudah mencukupi untuk mengenyangkan anda pada waktu pagi. 

Semoga perkongsian kami kali ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *