Tips Pengurusan Masa Untuk Wanita Berkerjaya

Posted by

Ramai wanita masa kini sudah memiliki kerjaya dalam bidang kepakaran masing-masing. Walau bagaimanapun, bukan mudah bagi para wanita untuk seimbangkan di antara tuntutan sebagai pekerja dan tanggungjawab kepada keluarga.

Hakikatnya, peranan wanita masa kini bukan hanya sekadar mengurus rumah tangga, bahkan juga sebagai penyumbang ekonomi keluarga. Tanggungjawab ini bukan sahaja untuk para wanita yang telah berkahwin, tetapi turut menjadi sebahagian tanggungjawab bagi mereka yang masih bujang. 

5 Tips Pengurusan Masa Untuk Wanita Berkerjaya

1. Biasakan diri untuk bangun pagi

Tips Pengurusan Masa Untuk Wanita Berkerjaya

Amalan bangun pagi sebenarnya memberi banyak kebaikan dan manfaat dalam kehidupan kita. Walaupun rutin bangun pagi agak sukar dilakukan bagi segelintir orang, tetapi sekiranya dilakukan secara konsisten, anda akan menikmati kesegaran dan kecergasan minda yang maksimum kerana ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk berfikir, bermeditasi dan merancang aktiviti anda sepanjang hari. 

Artikel berkaitan: Ruginya bangun lewat!

2. Rancang jadual kerja harian

Tips Pengurusan Masa Untuk Wanita Berkerjaya

Susun dan senaraikan tugas-tugas yang penting dahulu kemudian diikuti dengan tugas-tugas sampingan. Dengan cara ini, anda akan lebih fokus dan tugasan anda juga boleh disiapkan dengan cepat dan teratur mengikut masa yang anda telah tetapkan.

3. Tetapkan had masa untuk setiap tugasan

Tips Pengurusan Masa Untuk Wanita Berkerjaya

Dengan menetapkan had masa untuk semua tugasan, ia boleh membantu pengurusan masa anda. Masa yang ditetapkan adalah bergantung kepada anda sendiri. Walau bagaimanpun, anda masih fleksibel untuk menukar jangka masa yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian. 

4. Belajar untuk berkata tidak

Tips Pengurusan Masa Untuk Wanita Berkerjaya

Kemampuan untuk berkata tidak adalah kemahiran hidup yang tidak semua orang mampu buat. Belajarlah untuk berkata tidak dengan menggunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak membantu mencapai matlamat anda. 

Apabila anda berani mengatakan tidak kepada ajakan kawan-kawan atau kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat, anda boleh gunakan masa tersebut untuk perkara yang lebih memberi kebaikan.

5. Fokus perkara yang penting

Tips Pengurusan Masa Untuk Wanita Berkerjaya

Kerja-kerja akan lebih mudah dan cepat selesai sekiranya anda fokus dengan kerja yang anda sedang lakukan. Untuk membantu anda fokus, anda boleh kurangkan gangguan di sekitar anda.  Anda boleh ubah tetapan telefon anda ke mode silent, matikan notifikasi media sosial, jauhkan diri dari televisyen, YouTube dan lain-lain yang boleh mengalih perhatian anda dari terus fokus. 

Semoga perkongsian kami kali ini menjadi panduan untuk anda pada masa hadapan. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *