Kebaikan 'Power Nap' Yang Anda Patut Tahu

Kebaikan ‘Power Nap’ Yang Anda Patut Tahu

Posted by

Power nap adalah tidur siang atau tidur sebentar antara 20 hingga 30 minit. Ada yang menganggap power nap ini adalah sifat orang yang malas. Walau bagaimanapun, menurut kajian oleh para sarjana yang mengkaji akan kesan tidur sebentar pada waktu siang, mereka menyatakan bahawa waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur sekejap.

Berikut kami kongsikan 5 kebaikan power nap yang anda patut tahu.

1. Mengurangkan stres

Kebaikan 'Power Nap' Yang Anda Patut Tahu

Menurut sumber, power nap atau tidur siang mampu membantu badan mengawal stres. Power nap akan menjadikan minda dan perasaan anda lebih tenang. Sebaik bangun dari tidur, anda akan lebih bersedia untuk melaksanakan kerja dengan produktif, berkesan dan efisien.

2. Menguatkan memori

Untuk menguatkan memori, amalan power nap perlu dipraktikkan. Menurut kajian, daya ingatan akan meningkat disebabkan oleh gelombang pendek waktu tidur. Ketika tidur, memori dan kemahiran yang dipelajari akan diperkuatkan dan ditambah baik dengan beralih ke kawasan otak yang lebih efisien dan kekal. Ia adalah satu proses yang dikenali sebagai penyatuan memori. 

3. Dapat memperbaiki mood

Tidur seketika mampu mengelakkan anda berasa tertekan dan mengalami perubahan mood yang boleh merosakkan keseluruhan hari anda.

Artikel berkaitan: How Naps Can Keep You Happy and Healthy

4. Meningkatkan tumpuan dan lebih fokus

Semakin lama anda terjaga, semakin kurang daya fokus yang mampu diberikan oleh otak anda. Disebabkan itu, anda perlu untuk power nap. Ia akan membantu untuk seseorang itu kembali fokus dan meningkatkan kemahiran kognitif. Anda pasti akan berasa lebih segar dan mampu memberikan fokus kepada kerja-kerja anda selepas bangun dari tidur.

5. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Power nap juga berkuasa untuk mengurangkan risiko penyakit jantung di mana ia memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari dalam pengaliran darah serta oksigen selepas aktif bekerja sejak pagi. 

Walaupun hanya dilakukan sebentar sahaja, ternyata power nap ini mempunyai kebaikan yang sama seperti ketika anda tidur pada waktu malam.

Walau bagaimanapun, bagi anda yang mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam, elakkan daripada power nap. Ini akan menyebabkan anda bertambah sukar untuk tidur pada waktu malam. 

Semoga perkongsian kami kali ini menjadi panduan untuk anda pada masa hadapan. 

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *