Sikap majikan memainkan peranan penting dalam sesebuah syarikat dan organisasi. Seorang majikan yang baik seharusnya mengetahui cara untuk memupuk semangat dan sentiasa memberi motivasi kepada pekerja bawahannya.
Malangnya, tidak semua majikan faham dan peduli tentang keinginan para pekerjanya. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 3 sikap majikan yang buatkan pekerja hantar surat resign.
1. Kerja yang tidak setimpal dengan gaji
Sesetengah majikan mengambil kesempatan kepada pekerja bawahannya dengan memberi tugasan yang banyak tetapi tidak setimpal dengan gaji yang diberikan. Disebabkan itu, ada pekerja yang terpaksa kerja lebih masa hingga lewat malam dan perlu bekerja pada hujung minggu semata-mata untuk menyiapkan tugasan tersebut.
Artikel berkaitan: Majikan Boleh Didakwa
Malah, ada juga majikan yang tidak memberi tugasan kepada pekerjanya mungkin atas alasan tidak percaya pada kredibiliti pekerja tersebut. Ini akan menyebabkan pekerja tersebut bosan, tidak produktif dan tiada pertumbuhan dalam kerjaya (career growth).
2. Tidak beri penghargaan atau pengiktirafan
Penghargaan dan pengiktirafan daripada majikan merupakan cara untuk mengiktiraf nilai-nilai yang wujud dalam diri seorang pekerja. Namun, ada sesetengah majikan yang tidak menghargai kerja keras yang telah dilakukan pekerjanya.
Bukan itu sahaja, ada juga majikan yang suka menjatuhkan motivasi pekerja. Majikan hanya melihat sisi negatif pekerja, suka mengkritik dan akan marah apabila pekerjanya membuat sebarang kesalahan, tetapi tidak pula memberi pujian apabila pekerjanya itu membuat sesuatu yang membanggakan syarikat. Perkara ini makin lama akan membuatkan motivasi pekerja berkurang dan timbul perasaan seakan khidmatnya tidak diperlukan di syarikat itu.
3. Tidak berpegang pada janji (kuat sembang)
Isu ini bukanlah satu perkara yang baharu. Sesetengah majikan terlalu banyak berjanji sehingga terlupa yang mana satu perlu ditunaikan terlebih dahulu.
Ada juga majikan yang sering bercakap besar tetapi tiada satu pun yang menjadi kenyataan. Sebagai contoh, seorang majikan berjanji untuk membawa ke semua pekerjanya makan di sebuah restoran mewah namun, setelah lima hingga enam bulan menunggu masih tiada khabar tentang ajakan tersebut.
Semoga perkongsian kami kali ini memberi panduan untuk anda pada masa hadapan.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com