5 tips atasi kulit kering akibat terdedah pendingin hawa

5 Tips Atasi Kulit Kering Akibat Terdedah Pendingin Hawa

Posted by

Kulit kering akibat terdedah kepada pendingin hawa atau air cond akan memberi kesan kepada kesihatan kulit sekiranya anda tidak ambil langkah penjagaan yang sepatutnya. Ini kerana, suhu pendingin hawa yang rendah boleh menjadikan kulit kering dan mengelupas.

Menurut Hello Doktor, pendingin hawa bukan sahaja membekalkan anda dengan udara yang sejuk dan selesa malah ia juga bertindak menapis segala kekotoran seperti debu dan asap yang berterbangan di sekeliling anda.

Apabila keadaan ini dibiarkan terlalu lama, sel kulit akan mati hingga mengelupas seterusnya menjadi kusam.

Untuk melindungi kulit menjadi semakin kering, berikut kami kongsikan 5 tips yang mungkin dapat membantu. 

1. Gunakan pelembap 

Amalkan penggunaan pelembab atau losyen setiap kali selepas mandi pada kulit. Pelembap bukan sahaja boleh bertindak sebagai pelindung kulit malah dapat mencerahkan dan melicinkan kulit serta menutup cela. 

Artikel berkaitan: Pelembap: Pilihan untuk Kulit yang Lebih Lembut

2. Minum air secukupnya

Pastikan anda minum air kosong yang mencukupi setiap hari kerana ia dapat menghidrat dan mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, ia juga memberikan kesegaran dan menjadikan kulit anda kelihatan muda.

3. Dapatkan tidur yang secukupnya

Pastikan anda mendapat waktu tidur yang secukupnya. Waktu rehat yang cukup sangat membantu mengekalkan kelembapan dan keremajaan kulit. Menurut Hello Doktor, kesan kurang tidur terhadap kulit akan menjadikan kulit anda menjadi lebih sensitif dan mudah terdedah kepada keadaan kulit seperti psoriasis dan ekzema.

4. Bersenam secara berkala

Bersenam secara berkala akan melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga akan membantu menghantar nutrien kepada kulit sekali gus mengekalkan kesihatan kulit. 

5. Pemilihan sabun mandi/pencuci muka yang tepat

Pemilihan sabun mandi dan pencuci muka perlu disesuaikan dengan jenis kulit anda. Sebelum membeli atau memilih sabun, penting untuk anda tahu terlebih dahulu jenis kulit yang dimiliki sama ada ia sensitif, kering dan sebagainya.

Pastikan anda tidak gunakan sabun yang kasar pada permukaan kulit. Sabun ini akan membuatkan kulit mengering dan mengelupas.

Bekerja di bawah pendingin hawa memang seronok. Tetapi, jangan lupa untuk biarkan kulit anda bernafas sekali-sekala!

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan untuk anda pada masa hadapan. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *