Cara Kawal Gugup Semasa Sesi Temu Duga

Posted by

Perasaan gugup, gementar, gemuruh atau nervous ketika temu duga adalah perkara normal yang dialami oleh semua orang. Persoalannya, bagaimana untuk mengatasi masalah ini? 

Berikut kami kongsikan 5 cara mudah untuk kawal gugup semasa temu duga.

1. Persediaan rapi

Pastikan anda lakukan persediaan rapi sehari sebelum sesi temu duga. Pastikan anda sudah mencari maklumat mengenai latar belakang syarikat, jawatan dan juga soalan-soalan yang akan ditanya sewaktu dalam temu duga nanti. 

Apabila anda bersedia dengan maklumat-maklumat ini, dengan sendirinya anda akan lebih yakin pada diri sendiri dan secara tidak langsung dapat mengurangkan rasa nervous.

2. Berfikiran positif

Berfikiran positif sebelum, semasa dan selepas sesi temu duga sedikit sebanyak akan membantu anda menghilangkan rasa gugup atau nervous.

Selain itu, komunikasi bahasa badan yang positif seperti senyuman, berdiri tegak dan duduk dengan selesa juga boleh meningkatkan keyakinan diri dan sekaligus mengurangkan perasaan gementar yang dihadapi. 

3. Elakkan pengambilan kopi

Kopi mengandungi kafein yang boleh membuat anda rasa berdebar-debar. Ia boleh meningkatkan paras adrenalin dalam badan. Oleh itu, elakkan pengambilan kopi sebelum dan semasa hari temu duga dan gantikan dengan pengambilan teh chamomile.

4. Mendengar muzik

Sesetengah orang mungkin memilih untuk mendengar muzik bagi menghilangkan rasa gugup. Muzik boleh mengaktifkan bahagian otak untuk meningkatkan rasa gembira dan mengurangkan rasa tekanan dan keresahan. 

Artikel berkaitan: Menyanyi suatu terapi 

5. Tidur secukupnya

Pastikan anda mendapatkan tidur yang secukupnya. Kurang tidur boleh menjadikan anda lesu, tidak bermaya dan mudah panik. Apabila anda panik, perasaan nervous juga meningkat.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan untuk anda pada masa hadapan. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *