Jangan Buat 5 Perkara Ini Ketika Temu Duga Kerja!

Jangan Buat 5 Perkara Ini Ketika Temu Duga Kerja!

Posted by

Temu duga kerja atau interview adalah pertemuan di antara bakal majikan dengan pencari kerja. Ia boleh diibaratkan seperti sebelah kaki anda sudah berada di dalam syarikat tersebut.

Mungkin anda sudah membuat persiapan untuk sesi temu duga ini bagi meyakinkan pihak syarikat bahawa anda layak untuk mengisi jawatan yang ditawarkan. 

Tetapi mengapa anda masih gagal dalam temu duga pekerjaan walaupun mempunyai resume yang baik?

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima perkara yang anda perlu elakkan ketika menghadiri sesi temu duga kerja.  

Artikel berkaitan: 10 Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Semasa Interview Kerja

1. Hadir lewat ke sesi temu duga

Jangan sesekali hadir lewat ke sesi temu duga kecuali jika mempunyai hal kecemasan. Ia sama sekali tidak mencerminkan prinsip keperibadian diri yang bagus.

Anda disarankan untuk datang awal 20 minit ke tempat temu duga kerana ia dapat menyelamatkan anda dari menghadapi masalah yang tidak terduga. Elakkan daripada datang lewat atau hampir-hampir dengan waktu yang ditetapkan. 

2. Bertanya berkenaan gaji

Kebanyakan iklan jawatan kosong akan turut disertakan dengan amaun gaji tetapi ada juga yang tidak disertakan. Oleh itu, anda seharusnya membiarkan bakal majikan yang bertanyakan soal gaji dan bukannya anda. 

3. Tiada soalan untuk ditanya 

Jangan hanya berdiam diri dan menggelengkan kepala. Tanya soalan-soalan berkaitan dengan syarikat, kakitangan, operasi dan seumpamanya kerana ini adalah masa yang tepat untuk anda mendapat lebih banyak maklumat tentang syarikat tersebut.

Ia juga untuk menunjukan bahawa anda mempunyai keinginan untuk bekerja di syarikat tersebut. 

4. Bercerita buruk tentang majikan dan syarikat lama

Jangan sesekali bercerita buruk atau menyatakan perasaan tidak puas hati tentang majikan dan syarikat lama anda di hadapan bakal majikan. Walaupun tuduhan anda itu benar dan munasabah, anda akan automatik gagal dalam temu duga tersebut.

Anda akan dianggap tidak menunjukkan rasa hormat kepada majikan anda. Oleh itu, apabila diminta bercakap tentang majikan atau syarikat lama anda, pastikan anda bersedia dengan jawapan-jawapan yang positif sepanjang pengalaman anda dengannya.

5. Menggunakan kata-kata kasar

Tenangkan diri dan sabar serta jawab semua soalan yang ditanya dengan tenang ketika melalui proses ini dan jangan sesekali menggunakan kata-kata kasar atau memaki hamun.

Penggunaan kata-kata kasar dan memaki hamun kepada bakal majikan akan menyebabkan anda disingkirkan daripada dipilih sebagai pekerja. Kesopanan dan adab adalah perkara asas dalam sebarang jenis komunikasi. Oleh itu, berhati-hati ketika berkata-kata.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan untuk anda masa akan datang.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *