Kebaikan Makan Salad Yang Anda Tak Tahu

Kebaikan Makan Salad Yang Anda Tak Tahu

Posted by

Salad adalah makanan yang diperbuat dari sayur-sayuran atau buah-buahan yang di potong-potong  yang dihidangkan bersama dressing (sauce). 

Salad yang ditambah dengan bahan lain seperti buah-buahan, kekacang, atau protein seperti ayam atau ikan akan menjadikan salad anda lebih mengenyangkan.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 3 kebaikan makan salad yang anda mungkin tidak cakna. 

1. Membantu menurunkan berat badan

Kebaikan Makan Salad Yang Anda Tak Tahu

Salad adalah hidangan yang membantu meningkatkan rasa kenyang sehingga mengurangkan jumlah kalori yang diambil ketika makan.

Menurut kajian, sayuran berdaun adalah pilihan yang baik untuk diet sihat kerana ia tidak mengandungi kolesterol dan secara semula jadinya rendah kalori dan natrium. Jadi, salad adalah pilihan menu terbaik bagi anda yang sedang diet dan mahu kekal sihat serta ingin menurunkan berat badan.

Salad juga mengandungi banyak vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang diperlukan tubuh.

2. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah

Kandungan polifenol yang tinggi dalam daun salad mampu membantu mengawal kadar gula dalam darah. Polifenol adalah komponen semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan dan berupaya memberikan kesan antioksida.

3. Tinggi dengan serat 

Salad kaya dengan serat akan membantu melancarkan sistem penghadaman sekali gus membersihkan usus dari racun dan zat-zat sisa yang mengundang penyakit. 

Kebaikan Makan Salad Yang Anda Tak Tahu

 Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda tentang kebaikan salad. Jangan lupa untuk nikmati hidangan lengkap dan seimbang dengan memastikan pinggan anda terisi dengan sumber sihat seperti salad.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *