Penting Ke Untuk Bertanya Soalan Ketika ‘Interview’ Kerja? Ini Jawapannya

Posted by

Soalan yang paling ditunggu-tunggu dalam setiap sesi temu duga kerja atau interview adalah “anda ada apa-apa soalan untuk ditanya?”

Sebenarnya, soalan ini adalah perangkap daripada majikan untuk melihat keyakinan anda dalam dalam sesi interview tersebut. 

Majikan ingin pastikan bagaimana anda kendalikan situasi tersebut dan apakah soalan anda kepada mereka. 

Berikut kami kongsikan 3 sebab kenapa pentingnya untuk anda bertanyakan soalan ketika sesi interview.

1. Menunjukkan minat anda

Mengemukakan soalan yang bernas dalam sesi interview akan menunjukkan minat anda terhadap pekerjaan yang anda mohon. Ini juga menunjukkan bahawa anda serius untuk bekerja di syarikat tersebut.

2. Peluang untuk belajar lebih banyak

Ini adalah masa yang tepat untuk anda belajar lebih banyak mengenai syarikat dan skop kerja yang anda mohon. Fokus untuk bertanya berkenaan topik yang anda ingin bincangkan dengan lebih terperinci. 

3. Memudahkan anda untuk membuat keputusan  

Apabila bakal majikan menjawab soalan-soalan anda, anda boleh refleks dan buat keputusan sama ada ingin meneruskan dengan permohonan kerja tersebut atau tidak. Selagi bakal majikan anda tidak memberi sebarang surat tawaran dan anda tidak menadatangani surat tawaran, anda boleh menolak tawaran kerja yang anda mohon. 

Artikel berkaitan: 7 good questions to ask at an interview

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan untuk menghadiri sesi interview yang akan datang.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *