Pameran kerjaya atau juga disebut sebagai career fair atau career expo adalah satu acara yang mengumpulkan majikan-majikan untuk merekrut pekerja baharu.
Pameran kerjaya membolehkan anda menerokai pelbagai laluan kerjaya dan berpeluang berjumpa dengan majikan secara terus. Menghadiri pameran kerjaya boleh membantu anda memilih laluan kerjaya yang anda inginkan. Teruskan bacaan untuk mengetahui sebab kenapa anda perlu hadirkan diri di career fair.
1. Peluang untuk berhubung dengan bakal majikan
Kebiasaannya, syarikat atau majikan akan menghantar wakil pekerja untuk menyampaikan maklumat dan berkongsi kelebihan bekerja dengan syarikat mereka. Dengan pendekatan ini, anda boleh bertanya secara terus tentang persoalan-persoalan terhadap bidang atau peluang pekerjaan yang ditawarkan.
Pameran kerjaya ini bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan tetapi ia juga membantu anda yang berkelayakan dan berpotensi terutamanya untuk para pelajar untuk memohon tajaan biasiswa yang dapat membantu mengurangkan beban kewangan diri dan juga keluarga pelajar.
2. Dapat menguji kemahiran komunikasi
Situasi ini boleh dilihat apabila terdapat majikan yang akan menjalankan sesi temu duga terbuka secara langsung di pameran kerjaya tersebut. Maka, anda boleh melihat, menilai dan menguji kemampuan diri apabila ditemu duga nanti.
3. Mendapat akses seminar atau bengkel secara percuma
Pameran kerjaya memberikan kebaikan yang berganda kepada anda kerana ia menawarkan bengkel atau seminar kerjaya secara percuma. Aktiviti seperti bengkel kerjaya adalah tarikan utama pengunjung yang hadir ke pameran kerjaya. Hal ini kerana pihak penganjur akan menjemput panel-panel yang berkelayakan seperti wakil syarikat dan mereka yang bekerja dalam bidang sumber manusia untuk memberi tips untuk mendapatkan pekerjaan.
Sesi ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda dalam memburu pekerjaan serta berinteraksi dengan pakar tentang masalah yang dihadapi dan cara-cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Semoga perkongsian kami ini memberi panduan untuk menghadiri pameran kerjaya yang akan datang.
Dalam pada itu, bagi anda tidak tahu, pada 7 dan 8 Julai 2023 yang lalu, Jobstore dengan kerjasama MPP UiTM Shah Alam telah mengadakan career fair di Kolej Mawar @ Dewan Mawar Qaseh UiTM Shah Alam.
Career fair ini telah menghimpunkan sebanyak 39 buah syarikat antaranya PWC, U Mobile, Myeongdong Topokki, Bank Negara Malaysia, FGV Holdings Berhad, Bila Bila Retail Sdn Bhd dan ramai lagi!
Pameran ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar dan juga orang awam tentang peluang kerjaya yang terdapat dalam pasaran pekerjaan pada masa kini.
Pameran yang berlangsung selama dua hari itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar UiTM Shah Alam serta orang awam. Selain itu, pameran kerjaya ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan antaranya career talk, cabutan bertuah, best award presentation for employers dan banyak lagi!
Anda terlepas peluang untuk menyertai career fair kami tempoh hari? Jangan risau! Setkan kalendar anda pada 7 dan 8 Oktober 2023 di IOI City Mall, Putrajaya untuk career fair kami yang seterusnya.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com