'Job Description Template' Untuk Content Writer

‘Job Description Template’ Untuk Content Writer

Posted by

Content Writer atau penulis kandungan adalah seseorang yang menulis kandungan (content) berbentuk data, informasi atau pendidikan. Seorang Content Writer biasanya berpengalaman dalam kerja-kerja content marketing strategy dan medium yang digunakan adalah laman web (website), media sosial dan e-mel.

Lazimnya, tujuan seorang Content Writer menulis artikel (selain dibayar) adalah untuk menguatkan branding serta membina kepercayaan dan kesetiaan antara pembaca dan audiens. 

Tugas seorang Content Writer termasuklah:

  • Menyelidik topik berkaitan industri (menggabungkan sumber online, interview atau research)
  • Menulis artikel yang jelas untuk mempromosikan produk atau servis syarikat
  • Proofread dan mengedit artikel sebelum diterbitkan
  • Menyerahkan kerja-kerja kepada editor untuk input dan kelulusan
  • Mempromosikan kandungan di media sosial
  • Menjalankan penyelidikan kata kunci (keyword research) yang mudah dan menggunakan garis panduan SEO untuk meningkatkan trafik website
  • Mengenal pasti keperluan dan jurang pembaca dan audiens dalam kandungan yang ditulis
  • Memastikan penggunaan bahasa yang betul dan tiada kesalahan ejaan atau tatabahasa
  • Mengemas kini kandungan website mengikut keperluan

Kemahiran yang diperlukan

  • Portfolio artikel yang diterbitkan
  • Pengalaman membuat research menggunakan pelbagai sumber
  • Mahir dengan penerbitan web
  • Kemahiran menulis dan menyunting yang sangat baik dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
  • Mempunyai penguasaan kosa kata dan bahasa yang baik.
  • Mempunyai pengalaman hands-on dengan WordPress 
  • Keupayaan untuk memenuhi deadline

Soalan-soalan lazim

Apakah tanggungjawab seorang Content Writer?

Content Writer bertanggungjawab untuk mencipta kandungan bertulis yang menarik yang boleh digunakan dalam media digital dan cetak. Content Writer akan menghasilkan artikel mengenai pelbagai topik, yang kemudiannya akan digunakan untuk mempromosi produk atau servis yang ditawarkan syarikat.

Apakah yang diperlukan untuk menjadi seorang Content Writer yang baik?

Content Writer yang baik perlu mempunyai kemahiran research yang sangat baik kerana anda perlu membuat research dalam pelbagai topik. Anda juga perlu mempunyai kemahiran menulis yang baik kerana anda akan menulis pelbagai jenis kandungan untuk membantu mempromosikan produk atau servis syarikat.

Siapa yang akan bekerja rapat dengan Content Writer?

Lazimnya, seorang Content Writer akan bekerja rapat dengan pasukan pemasaran (marketing team), dan mereka akan diawasi oleh Pengurus Pemasaran (Marketing Manager) atau superior yang akan memastikan kandungan yang dihasilkan tepat pada masanya dan memenuhi keperluan syarikat.

Adakah Content Writer dan Copywriter mempunyai skop kerja yang sama?

Kedua-duanya berbeza dari sudut gaya bahasa, intonasi, proses dan personaliti penulisan. Banyak syarikat yang tersilap mengiklankan kerja kosong penulis kerana mereka beranggapan bidang kerja Content Writer dan Copywriter adalah sama sedangkan kedua-duanya berbeza antara satu sama lain. Setiap syarikat perlu mempunyai Content Writer dan Copywriter kerana tugas mereka adalah berbeza walaupun kedua-duanya menulis.

Walau bagaimanapun, seorang Content Writer boleh jadi Copywriter begitu juga sebaliknya.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Content Writer Job Description


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *