Rahsia Pengambilan 'Intern' Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda

Rahsia Pengambilan Intern Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda

Posted by

Pengambilan pelajar intern atau pelatih industri sebenarnya memberi bantuan tambahan kepada pekerja tetap anda di samping memperkenalkan idea dan perspektif baharu kepada pelajar intern. Pelajar intern yang anda ambil boleh menjadi pekerja sepenuh masa sekiranya mereka menepati kelayakan dan ciri-ciri pekerja yang anda perlukan.

Tempoh latihan industri atau internship boleh menjadi ujian dan cabaran buat pelajar-pelajar intern. Ketahui rahsia pengambilan pelajar intern yang sesuai agar syarikat anda dapat menikmati manfaatnya.

1. Kenal pasti keperluan syarikat

Tentukan bidang atau team mana yang akan mendapat manfaat sekiranya anda mengambil pelajar intern. Anda mungkin memerlukan pertolongan daripada pelajar intern untuk membantu dengan beban kerja untuk team tertentu.

Sebaik sahaja anda mengetahui kriteria pelajar intern yang anda perlukan, anda boleh tetapkan secara spesifik kemahiran dan pengalaman yang anda ingin calon intern anda miliki.

2. Spesifikkan jawatan intern yang anda perlukan

Menyatakan skop kerja untuk jawatan intern akan membantu mereka memahami tanggungjawab dan peranan yang perlu dilakukan. Ia membolehkan pelajar intern untuk memahami dan ambil tahu peluang yang bakal mereka miliki. Tentukan sama ada jawatan sebagai intern itu dibayar atau tidak dan berapa lama tempoh perkhimatan mereka yang anda perlukan.

Tuliskan juga sebarang faedah yang akan diterima oleh intern yang dipilih. Senaraikan tanggungjawab dan harapan anda kepada mereka untuk peranan tersebut.

3. Jadikan tawaran pengambilan pelajar intern itu menarik

Mencari pelajar intern untuk syarikat anda sedikit sebanyak akan membantu menjimatkan bajet untuk kos buruh (kos tenaga kerja). Walau bagaimanapun, pelajar intern juga perlu mendapat faedah daripada peluang ini. Cara lain untuk menjadikan tawaran pengambilan pelajar intern anda menarik termasuklah:

  • Memberi kebebasan kepada intern untuk membuat keputusan dan memberi idea dalam projek-projek yang besar
  • Menawarkan jadual kerja yang fleksibel
  • Mengadakan program bimbingan bersama pekerja atasan
  • Menawarkan kursus atau training yang profesional 
  • Menyediakan time off yang berbayar dan faedah lain yang diterima oleh pekerja tetap anda

Bajet syarikat sedikit sebanyak memberi kesan dengan apa yang anda tawarkan kepada pelajar intern. Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad, anda mungkin tidak dapat menawarkan faedah yang banyak.

4. Pelbagaikan sumber mencari pelajar intern

Mengetahui sumber untuk mencari pelajar intern boleh meningkatkan kejayaan anda dalam mencari pelajar intern yang anda perlukan. Berikut adalah beberapa cadangan:

a. Kolej tempatan

Bekerjasama dengan kolej dan universiti tempatan boleh memberi anda ramai calon-calon pelajar intern yang sesuai. Banyak institusi yang secara sukarela membantu pelajar mencari tempat internship dan pekerjaan. Dengan berkongsi maklumat anda di sini, ia boleh meningkatkan permohonan untuk tawaran internship syarikat anda.

b. Laman web anda

Sekiranya anda mempunyai halaman kerjaya (career page) di laman web anda, kembangkannya untuk memasukkan maklumat untuk pelajar intern. Terangkan tentang program internship anda, termasuk faedah yang mereka akan dapat.

Senaraikan internship openings anda seperti yang anda lakukan untuk kekosongan kerja biasa. Benarkan calon yang berminat untuk memohon secara online melalui proses yang sama dengan permohonan kerja online anda.

c. Media sosial

Sebarkan maklumat tentang peluang internship ini di platform media sosial anda. Galakkan pengikut anda untuk berkongsi tentang latihan internship openings ini. Anda juga boleh menyertai group di platform media sosial yang berkaitan dengan industri anda untuk berhubung dengan orang yang mungkin berminat.

d. Networking

Beritahu semua orang bahawa anda sedang mencari pelajar intern kerana anda tidak pernah tahu siapa yang mungkin mempunyai connection dengan pelajar intern yang anda mahukan.

e. Pameran kerjaya

Mengambil bahagian dalam acara-acara seperti pameran kerjaya boleh membantu anda mencari pelajar intern. Jika tiada pameran kerjaya yang terdekat, pertimbangkan untuk anda anjurkan sendiri.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter). Layari Jobstore.com untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda bersama kami.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *