'Job Description Template' Untuk Graphic Designer

‘Job Description Template’ Untuk Graphic Designer

Posted by

Graphic Designer atau pereka grafik adalah profesion yang mencipta ilustrasi, tipografi, fotografi, atau grafik bergerak untuk pelbagai keperluan seperti pengiklanan, pendidikan, pembinaan, tekstil, automotif dan sebagainya.

Job Description Template yang kami akan kongsikan ini mempunyai semua tugas dan tanggungjawab utama untuk jawatan ini dan boleh digunakan mengikut keperluan anda.

Tugas seorang Graphic Designer termasuklah:

  • Mengkonsepkan visual berdasarkan keperluan
  • Mencipta imej dan reka letak (layout) dengan tangan atau menggunakan perisian reka bentuk (design software)
  • Menghasilkan grafik dalam pelbagai platform media

Ringkasan tentang jawatan

Kami sedang mencari Graphic Designer untuk mencipta grafik yang menarik untuk pelbagai platform media.

Apakah peranan seorang Graphic Designer

Job description seorang Graphic Designer merangkumi keseluruhan proses menggambarkan dan mencipta grafik termasuk ilustrasi, logo, reka letak dan foto. Anda akan menjadi orang yang membentuk aspek visual laman web, buku, majalah, pembungkusan produk, pameran dan banyak lagi.

Grafik anda perlu menarik perhatian audiens yang melihatnya di samping menyampaikan mesej yang tepat kepada mereka. Oleh itu, anda perlu mempunyai kreativiti dan kebolehan untuk menukar idea menjadi reka bentuk (design). Sekiranya anda boleh berkomunikasi dengan baik dan bekerja dalam satu pasukan, anda adalah individu yang kami cari!

Tanggungjawab

  • Study design brief dan tentukan keperluan mengikut projek
  • Mengkonsepkan visual berdasarkan keperluan
  • Sediakan draf dan kemukakan idea
  • Membangunkan ilustrasi, logo dan reka bentuk lain menggunakan perisian (software) atau menggunakan tangan
  • Gunakan warna dan reka letak (layout) yang sesuai untuk setiap grafik
  • Bekerjasama dengan Copywriter dan Creative Director untuk menghasilkan final design
  • Menghasilkan grafik dalam pelbagai platform media
  • Melakukan pembetulan (amendment) selepas diberi maklum balas
  • Memastikan grafik dan reka letak (layout) terakhir menarik dan menepati keinginan syarikat

Kemahiran yang diperlukan

  • Pengalaman sebagai seorang Graphic Designer
  • Portfolio ilustrasi atau grafik lain
  • Penguasaan dalam perisian dan teknologi reka bentuk (seperti InDesign, Illustrator, Dreamweaver, Photoshop)
  • Kemahiran komunikasi yang sangat baik
  • Keupayaan untuk memenuhi deadline
  • Ijazah dalam Reka Bentuk, Seni Halus atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan

Soalan-soalan lazim

Apakah tanggungjawab seorang Graphic Designer?

Graphic Designer menghasilkan konsep visual untuk menyampaikan idea yang memberi inspirasi, memberi maklumat dan memikat hati audiens. Graphic Designer juga bertanggungjawab untuk membangunkan pelbagai jenis kandungan kreatif untuk iklan, brosur atau majalah. Graphic Designer melakukan ini dengan pelbagai perisian bergantung pada medium dan objektif final project.

Apakah yang diperlukan untuk menjadi seorang Graphic Designer yang baik?

Graphic Designer yang baik perlu mempunyai mata yang tajam untuk reka bentuk dan penggunaan warna yang akan dihasilkan. Mereka juga perlu menggunakan alat pemasaran (marketing tools) yang berbeza untuk mencipta karya yang cantik mengikut keperluan syarikat.

Siapa yang akan bekerja rapat dengan Graphic Designer?

Graphic Designer akan bekerjasama dengan graphic designer yang lain dan pakar pemasaran untuk menyiapkan projek. Kebiasaannya, Senior Designer akan menyelia dan mengarahkan team atau individu tentang tugas yang diperlukan untuk menyelesaikan final project.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat kepada anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini. Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Graphic Designer Job Description


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *