Fakta Menarik Kenapa Nyamuk Tertarik Kepada Individu Tertentu

Fakta Menarik Kenapa Nyamuk Tertarik Kepada Individu Tertentu

Posted by

Pernahkah anda menjadi individu yang paling kerap digigit nyamuk sedangkan orang lain di sekitar anda berkelakuan seolah-olah tiada apa yang berlaku?

Sebenarnya, menurut ahli entomologi Joseph M. Conlon, nyamuk lebih tertarik kepada sesetengah individu disebabkan oleh bahan kimia yang dikeluarkan melalui kulit mereka. Menurut Profesor Emeritus di University of Florida, Jerrry Butler pula, nyamuk menggunakan bau untuk mencari mangsanya yang paling sedap.

Sebuah kajian ke atas kumpulan darah manusia telah dijalankan untuk mengenal pasti kumpulan darah yang paling digemari nyamuk. Nyamuk uji kaji telah didedahkan kepada empat kumpulan darah dan didapati nyamuk paling menggemari darah jenis O.

Kajian lain turut mendapati nyamuk lebih berminat dengan kumpulan darah O (83.3%) berbanding A (46.5%), tetapi tiada perbandingan yang ketara dengan kumpulan darah lain (B dan AB).

Selain itu, nyamuk juga lebih tertarik kepada wanita mengandung kerana kebiasaannya mereka akan menghasilkan karbon dioksida yang lebih banyak berbanding individu lain.

Fakta Menarik Kenapa Nyamuk Tertarik Kepada Individu Tertentu

Perkara lain yang mempengaruhi tarikan nyamuk terhadap seseorang adalah mikrobiota atau mikroorganisme pada kulit manusia. Kajian ke atas nyamuk malaria mendapati seseorang yang mempunyai lebih banyak jenis mikrobiota pada kulitnya kurang digemari oleh nyamuk. 

Dalam pada itu, kajian pada Februari 2022 mendapati bahawa nyamuk tertarik dengan warna merah. Kulit manusia akan memancarkan warna jingga kemerahan kepada nyamuk. Jeffrey Riffell, seorang profesor biologi, menjelaskan bahawa karbon dioksida merangsang mata nyamuk untuk mencari warna merah yang dikaitkan dengan mangsa. 

Kesimpulannya, menurut kajian-kajian yang telah dijalankan, terbukti bahawa manusia menghasilkan daya tarikan yang berbeza bagi nyamuk. Boleh disimpulkan bahawa nyamuk lebih tertarik kepada individu dengan kumpulan darah O dan individu yang mempunyai kadar pelepasan karbon dioksida tinggi, seperti wanita mengandung. 

Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *