Senggugut: Punca Produktiviti Di Tempat Kerja Terjejas

Senggugut: Punca Produktiviti Di Tempat Kerja Terjejas

Posted by

Senggugut atau dysmenorrhoea dialami oleh wanita yang didatangi haid. Ia merupakan kesakitan yang dirasakan di pelvis atau bahagian bawah perut, iaitu tempat di mana terletaknya rahim, ovari, saluran falopio dan pundi kencing semasa datang haid.

Ia sering kali menjadi keluhan para wanita kerana ia menganggu kerja-kerja seharian dan menjadi sebab utama mereka tidak ke tempat kerja.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 10% wanita mengalami sakit yang teruk akibat senggugut sehingga mengganggu aktiviti harian mereka. 

Menurut kajian yang dijalankan oleh YouGov pada tahun 2017, 54% responden menyatakan bahawa senggugut mempengaruhi kebolehan mereka untuk fokus dan 32% perlu berehat seketika disebabkan kesakitan yang dialami. Malah, 4 daripada 10 wanita perlu balik awal (18%) atau mengambil cuti (22%) kerana sakit senggugut. 

Kaji selidik turut mendapati bahawa simptom berkaitan haid menyebabkan produktiviti mereka berkurang dan sebenarnya kedatangan ke tempat kerja ketika senggugut lebih banyak merudumkan produktiviti kerja berbanding jika pekerja mengambil cuti.

Pastinya produktiviti di tempat kerja akan berkurang apabila pekerja mengambil cuti. Namun, jelas bahawa pekerja wanita yang masih hadir ke tempat kerja ketika mengalami senggugut menyebabkan pengurangan produktiviti dalam kadar yang lebih tinggi.

Senggugut: Punca Produktiviti Terjejas

Sudah tibanya masanya Malaysia mengikut jejak langkah beberapa negara lain seperti Jepun, Taiwan dan Indonesia yang memberikan cuti haid kepada pekerja wanita. 

Cuti haid merupakan satu undang-undang di mana majikan harus membenarkan wanita bercuti setiap bulan kerana haid yang menyakitkan.

Setakat Julai 2022, cadangan cuti haid masih sedang dikaji oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana pengenalan cuti haid bukan sahaja melibatkan kesejahteraan pekerja wanita, tetapi memberi implikasi kepada produktiviti dan ekonomi negara. 

Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *