5 Tips Hilangkan Bau Badan

5 Tips Hilangkan Bau Badan

Posted by

Masalah bau badan bukan sahaja akan mempengaruhi kehidupan seharian anda bahkan akan menggangu orang sekeliling. Sebenarnya, bau badan terjadi bukan daripada ketiak sahaja sebaliknya kepala, mulut hingga ke kaki boleh menjadi penyebabnya. 

Artikel berkaitan: Malu Perempuan Badan Berbau

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 tips mudah untuk hilangkan bau badan.

1. Gunakan deodoran

Deodoran dapat membantu mengurangkan dan menghilangkan bau ketiak kerana kulit akan bertindak balas dan mencegah bakteria penyebab bau badan.

2. Sembur minyak wangi pada titik nadi

Sembur minyak wangi pada titik nadi badan iaitu di pergelangan tangan dan belakang telinga. Ia akan membantu wangiannya bertahan lebih lama.

Artikel berkaitan: Biar Harum Jangan Sengsara

3. Sapukan krim atau pelembap pada kulit

Sekiranya anda tidak suka menggunakan minyak wangi atau deodoran, anda boleh gunakan alternatif lain iaitu pelembap dan krim untuk membantu tubuh daripada berbau.

Sapu pelembap atau krim beraroma pada titik nadi selepas anda mandi.

4. Pastikan kulit kepala bersih

Kulit kepala turut memainkan peranan terhadap kebersihan dan bau badan. Ketika mencuci rambut, pastikan anda menggosok kulit kepala agar semua kuman dan bakteria terhapus.

5. Mandi dengan kerap sekurang-kurang dua kali sehari

Mandi bersih-bersih menggunakan sabun antibakteria sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya selepas melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *