'Job Description Template' Untuk Akauntan

‘Job Description Template’ Untuk Akauntan

Posted by

Akauntan adalah individu yang bertanggungjawab untuk menyimpan rekod perakaunan dan pergerakan kewangan dalam syarikat. Seorang akauntan juga sering menghasilkan laporan dan cadangan pelaburan yang ditujukan kepada pengurusnya.

Tugas seorang akauntan termasuklah

  • Menyediakan laporan kewangan
  • Membantu dalam penyediaan anggaran dan ramalan tunai
  • Mengendalikan proses audit
  • Menentukan kepatuhan terhadap undang-undang kewangan dan peraturan
  • Menguruskan pengiraan cukai
  • Mengendalikan urusan kewangan untuk pelanggan atau majikan
  • Bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua transaksi kewangan diuruskan dengan teliti
  • Menghasilkan maklumat kewangan yang tepat dan boleh dipercayai.

Kemahiran yang diperlukan

  • Pemahaman mendalam dalam kewangan dan perakaunan
  • Kemahiran matematik yang baik
  • Kemahiran analisis dan penyelesaian masalah
  • Kemahiran teknologi maklumat dan penggunaan perisian perakaunan
  • Kepatuhan terhadap undang-undang dan peraturan perakaunan yang ditetapkan
  • Kemahiran komunikasi dan kerjasama dalam pasukan
  • Kemahiran menguruskan masa dan tugas secara berkesan
  • Kreativiti dan inovasi dalam menyelesaikan masalah perakaunan yang kompleks
  • Kepekaan terhadap risiko dan pemantauan perbelanjaan perniagaan

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang akauntansi atau kelayakan yang diiktiraf oleh badan profesional 
  • Menjalani latihan praktikal atau program pembangunan profesional yang diktiraf
  • Berpengalaman dalam bidang akauntansi sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh majikan atau badan profesional yang diiktiraf

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis kerja dan organisasi yang ingin dipohon

Soalan-soalan lazim

Apakah yang diperlukan untuk menjadi seorang Akauntan yang baik?

Seorang Akauntan yang baik perlu memiliki kemahiran dan kepakaran yang terbaik agar dapat menyempurnakan tugas dengan cemerlang. Terdapat dua perkara yang perlu dikuasai untuk menjadi akauntan yang baik dan cemerlang iaitu kemahiran teknikal dan insaniah. 

Kemahiran teknikal perlu dikuasai kerana akauntan bukan sahaja perlu buat kira-kira tetapi juga laporan dan analisis untuk kegunaan syarikat seterusnya dibentangkan kepada pihak pengurusan dan jabatan yang berkaitan.

Kemahiran insaniah juga perlu dikuasai iaitu kebolehan analitikal dan menyelesaikan masalah.

Berapakah kadar gaji bagi seorang akauntan?

Kadar gaji pasaran bagi Akauntan bergantung pada beberapa faktor seperti pengalaman, tahap pendidikan dan lokasi kerja. Secara purata, gaji bulanan bagi Akauntan di Malaysia adalah antara RM3,000 hingga RM10,000 bergantung kepada kedudukan jawatan dan saiz syarikat. Bagi gaji tahunan, ia mungkin di antara RM40,000 hingga RM120,000 atau lebih, bergantung kepada faktor yang sama. Gaji juga boleh meningkat dengan pengalaman dan peningkatan kedudukan.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *