Sebagai seorang pekerja baharu, pasti anda teruja tapi pada masa yang sama anda takut dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. Jangan risau! Ia adalah perkara yang normal dan wajar dirasai oleh setiap orang yang baru mulakan kerja di tempat kerja baharu.
5 perasaan yang normal untuk dirasai di tempat kerja baharu
1. Bimbang
Anda pastinya akan overthinking dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi di tempat kerja baharu. Ini adalah perkara yang normal dan anda tidak perlu risau kerana perasaan ini akan hilang juga nanti.
2. Keliru
Walaupun anda tahu tanggungjawab dan skop pekerjaan yang anda akan buat, akan ada beberapa perkara yang mengelirukan. Ini adalah perkara yang normal untuk berlaku.
Berikan minda anda peluang untuk memahami dan menyerap segala maklumat. Ia mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada seminggu.
3. Sunyi
Setiap peralihan baharu dalam kehidupan pasti akan mengambil masa untuk membiasakan diri.
Anda mungkin akan merindukan rakan di tempat kerja lama. Tapi jangan risau, kekal tenang dan fikir positif. Anda baru sahaja masuk bekerja jadi pastinya akan ambil sedikit masa untuk mewujudkan hubungan yang lebih baik dan akrab dengan rakan sekerja yang baharu.
4. Imposter syndrome
Sementara anda ingin biasakan diri di tempat kerja baharu, anda mungkin akan berasa tertekan dan letih untuk beberapa minggu pertama.
Proses mempelajari benda baharu, memahami peranan, bersosial dengan rakan-rakan baharu dan membiasakan diri dengan semua benda pastinya akan menyebabkan tekanan dan keletihan.
Artikel berkaitan: Nasihat Berguna Untuk Pekerja Baharu Menyesuaikan Diri Di Tempat Kerja
Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com