3 Sebab Remaja Tidak Berminat Untuk Belajar Bahasa Inggeris

3 Sebab Kenapa Remaja Tidak Berminat Untuk Belajar Bahasa Inggeris

Posted by

Bahasa Inggeris adalah bahasa ketiga paling popular dengan sejumlah 1.35 bilion penutur di seluruh dunia. Di Malaysia khususnya, bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi kedua dengan hampir kesemua penduduk menggunakannya dalam urusan seharian secara langsung mahupun tidak langsung.

Namun, masih ada sesetengah individu yang tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya, masalah penguasaan bahasa Inggeris sememangnya wujud terutamanya dalam kalangan remaja. Apakah sebenarnya punca sesetengah remaja tidak menunjukkan minat dalam bahasa Inggeris?

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan 3 punca utama kenapa remaja tidak menunjukkan minat dalam bahasa Inggeris.

1. Kurang keyakinan diri

Perkara ini sering berlaku apabila seseorang individu itu dikelilingi oleh rakan-rakan yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Individu tersebut semestinya akan berasa terpinggir dengan keadaan tersebut. Oleh yang demikian, dia memilih untuk tidak bergaul sekali gus boleh memberi kesan terhadap kehidupan sosialnya.

2. Sering diejek oleh rakan

Situasi ini boleh berlaku apabila seseorang individu cuba untuk bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi sering diejek rakan kerana tidak dapat menyebut perkataan dengan betul. Ini menyebabkan mereka terus berasa rendah diri dan tidak yakin untuk bercakap dalam bahasa Inggeris selepas kejadian itu. Ini adalah amalan yang sangat tidak sihat kerana boleh menjejaskan semangat serta keyakinan diri seseorang.

3. Tidak diamalkan

Dengan mengamalkan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian, ia sedikit sebanyak akan membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda. 

Artikel berkaitan: Cara mudah kuasai bahasa Inggeris

3 Sebab Kenapa Remaja Tidak Berminat Untuk Belajar Bahasa Inggeris

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *