Kenali Istilah 'Quiet Firing' Dalam Dunia Kerja

Kenali Istilah ‘Quiet Firing’ Dalam Dunia Kerja

Posted by

Berbeza dengan quiet quiting yang dilakukan oleh pekerja, quiet firing dilakukan oleh majikan terhadap pekerja. Fenomena ini pastinya memberi kesan buat pekerja-pekerja yang menjadi mangsa.

Quiet firing adalah cara seseorang majikan atau pengurus untuk memecat seseorang pekerja tetapi terlalu pengecut untuk memecat secara bersemuka. Majikan atau pengurus akan menggunakan taktik kotor yang menjadikan pekerja tersebut tertekan dan akhirnya berhenti kerja secara sukarela.

Kenali Istilah 'Quiet Firing' Dalam Dunia Kerja

Artikel berkaitan: Quiet Firing: What It Is and How to Spot It

Contoh Quiet Firing Yang Anda Boleh Lihat

1. Peningkatan beban kerja

Majikan atau pengurus akan sengaja memberi bebanan kerja kepada anda sehingga anda tidak boleh menguruskannya. Ini adalah taktik mereka supaya anda berhenti secara sukarela.

2. Tiada kerja

Kerja anda semakin lama semakin berkurang dan sedikit, itu pun kerja-kerja biasa yang pelajar latihan industri pun boleh buat. Majikan atau pengurus anda mungkin sedang memberikan tugas anda kepada orang lain dan biarkan anda buat kerja yang tidak penting dan seminimum yang mungkin.

3. Tiada kenaikan pangkat atau gaji 

Walaupun anda telah bertahun-tahun berkhidmat di syarikat tempat anda bekerja sekarang ini, tetapi majikan atau pengurus anda masih tidak memberi sebarang kenaikan pangkat, gaji mahupun career advancement.

4. Disishkan 

Anda tidak lagi diajak untuk menyertai mesyuarat atau sesi perbincangan untuk sesebuah projek. Sekiranya ini terjadi, anda dah boleh mula fikir adakah anda liabiliti/beban ataupun aset kepada syarikat? 

Periksa semula prestasi kerja anda, bagus atau tidak. Sekiranya memang tiada masalah dari pihak anda, mungkin syarikat anda yang bermasalah dan sengaja ingin buang pekerja mereka secara halus. 

Cara Menangani Quiet Firing

Sekiranya anda merasa anda sedang mengalami tanda-tanda ini, tindakan pertama yang anda perlu buat adalah dengan menyelesaikan konflik secara bersemuka. Bincang dan bersemuka dengan majikan atau pengurus anda dan selepas itu anda boleh putuskan sendiri sama ada ingin terus tetap berkhidmat di syarikat tersebut atau berhenti dan cari peluang pekerjaan lain. 
 
Walau bagaimanapun, berdasarkan Seksyen 20 (1) Akta 1967, seseorang pekerja boleh membuat aduan bertulis kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan sekiranya pekerja tersebut menganggap bahawa beliau telah diberhentikan tanpa sebab atau alasan oleh majikannya.
 
Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *