Fakta Kutu Beras Yang Anda Tidak Tahu

Fakta Kutu Beras Yang Anda Tidak Tahu

Posted by

Kemunculan kutu beras atau bubuk adalah satu perkara yang biasa dan sudah pasti kita semua sering berdepan dengan masalah ini.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan 7 fakta kutu beras yang anda mungkin tidak tahu.
 
Fakta Kutu Beras Yang Anda Tidak Tahu
 
1. Kutu beras atau nama saintifiknya Sitophilus orizae adalah serangga perosak yang termasuk dalam kategori Stored Product Pest. Sumber makanan serangga ini adalah biji benih gandum, tepung dan beras. Dalam bahasa Yunani kutu beras bermaksud Rice Grain Lover.
 
2. Kutu beras sebenarnya bertelur di dalam beras itu sendiri. Ia akan menjadikan butiran beras sebagai tempat menyimpan telur. Caranya adalah dengan menebuk isi dalam butiran beras tersebut sehingga kosong.
 
3. Apabila sudah sampai tempoh matang, kutu beras akan keluar dari beras yang menjadi tempat tinggalnya dan kemudian meneruskan kehidupan dengan memakan beras lain. Dalam masa yang sama, ia akan membiak dan menempatkan telurnya ke dalam beras lain.
 
4. Kutu beras sama ada dalam peringkat larva atau dewasa adalah tidak berbahaya kepada manusia. Ini kerana ia tidak menggigit atau menyengat mahupun membawa penyakit.
 
5. Sekiranya anda jarang masak, kutu beras akan cepat keluar. Bagi yang kerap memasak nasi, kutu beras tidak sempat keluar (menetas). 
 
6. Kutu beras dikategorikan sebagai ancaman kepada kualiti beras anda. Kutu beras akan menyebabkan beras yang dimasak cepat hancur dan menyebabkan nasi tidak tahan lama dan cepat basi kerana tercemar.
 
7. Kutu beras sangat sensitif dengan suhu. Oleh itu, cara mudah untuk keluarkan kutu beras adalah dengan menjemur beras di bawah matahari sekitar 15 hingga 20 minit.
 
Tips mudah hilangkan kutu beras
 
1. Jangan simpan beras dalam tempoh masa yang lama.
2. Letak daun bay atau bay leaves. Bau yang dihasilkan daun tersebut menjadikan ia sebagai penghalau kepada kutu beras.
3. Masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tidak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalaunya.
4. Anda boleh cuba simpan beras di dalam pek vakum (vacuum pack) bagi mengelakkan telur kutu beras menetas.
 
 
Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *