Jenis-Jenis Kepintaran Manusia

Jenis-Jenis Kepintaran Manusia

Posted by
Kepintaran atau kepandaian seseorang manusia tidak semestinya bergantung pada prestasi akademik. Kepintaran setiap orang itu berbeza-beza bergantung pada jenis kecerdasan dan kelebihan yang mereka miliki. Berikut kami kongsikan 9 jenis kepintaran manusia yang anda mungkin tidak tahu.
 
1. Kepintaran bahasa/linguistik
Jenis-Jenis Kepintaran Manusia
 
Individu yang mempunyai kepintaran bahasa bijak mengatur kata-kata, pandai menulis dan memahami bahasa serta hukumnya . Individu dengan kepintaran ini gemar membaca dan menulis, selain cemerlang dalam pengucapan awam. Dari segi kelebihannya individu ini pandai memujuk.
 
2. Kepintaran logik-matematik
 
Individu yang mempunyai kepintaran ini kebiasaannya bijak menganalisis masalah dan operasi matematik. Mereka sangat cepat menyelesaikan masalah dan mampu memahami pengiraan yang rumit. Selain itu, mereka juga gemar berfikir tentang idea-idea yang abstrak. Albert Einstein dan Bill Gates merupakan contoh individu yang memiliki kepintaran ini.
 
3. Kepintaran muzik
 
Individu yang mempunyai kepintaran muzik mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap muzik dan mempunyai pemahaman yang mendalam tentang struktur serta nota muzik.
 
4. Kepintaran alam
Jenis-Jenis Kepintaran Manusia

Individu dengan kepintaran alam dapat melihat corak dan perhubungan dengan alam. Lazimnya, individu jenis ini dapat ditemui dalam kerjaya seperti ahli biologi dan zoologi. Mereka menghargai alam dan meminati aktiviti melibatkan alam seperti berkhemah, berkebun serta mendaki gunung. 

5. Kepintaran tubuh – kinestetik
 
Individu dengan kepintaran ini memiliki pergerakan fizikal dan kawalan motor yang cekap. Lazimnya, individu ini  cemerlang dalam sukan dan  koordinasi fizikal. Mereka juga lebih mudah mengingati sesuatu melalui perbuatan, berbanding pendengaran dan penglihatan. 
 
6. Kepintaran ruang
 
Individu yang mempunyai kepintaran ini memiliki kelebihan dari segi penilaian visual dan ruang. Individu dengan kepintaran ini cekap menyelesaikan teka-teki, suka melukis, dapat mengenal pasti corak dan menginterpretasikan visual dengan baik. Mereka juga cemerlang dalam bidang seperti reka grafik, fotografi, seni bina, rekaan dalaman dan penerbangan.
 
7. Kepintaran interpersonal
 
Individu yang mempunyai kepintaran ini mampu memahami individu lain yang mempunyai kemahiran emosi yang kuat. Mereka mahir menyelesaikan konflik dan berupaya untuk membina hubungan yang sihat. 
 
8. Kepintaran intrapersonal
 
Berbeza dengan interpersonal, individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal lebih memahami diri sendiri. Individu dengan kepintaran ini sangat peka dengan keperluan diri. Sifat sensitif dalam diri individu sebegini membolehkan mereka membantu individu lain yang mengalami kecelaruan emosi.
 
9. Kepintaran eksistensial / spiritual/ moral
 
Individu yang mempunyai kepintaran ini mempunyai kemampuan untuk memahami pertanyaan abstrak tentang keberadaan, makna, dan tujuan hidup. Individu yang memiliki kepintaran ini juga cenderung memiliki keinginan untuk menerokai pertanyaan-pertanyaan berkaitan filosofi dan mencari jawapan tentang pertanyaan tentang hakikat keberadaan manusia.
 
Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Relevan, The South African College of Applied Psychology


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *