Semangat dalam diri menjadikan mereka mampu mencari kebahagiaan dalam penderitaan.
Tidak mustahil untuk seseorang itu membina kebahagiaan sendiri. Sebagai contoh, anda boleh bermain permainan komputer kegemaran, bermain bersama haiwan peliharaan mahupun meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Walau bagaimanapun perkataan bahagia bukan perkataan yang tepat dalam beberapa situasi sebaliknya ketenangan adalah istilah yang tepat.
3. Jangan tambahkan lagi punca kesedihan
Jangan melakukan perkara yang boleh merosakkan kebahagiaan anda. Salah satu daripadanya adalah penggunaan media sosial sepanjang malam atau membuatkannya sebagai perkara pertama yang dibuat pada waktu pagi.
Jadikan rutin menggunakan media sosial dan membaca berita terutamanya yang tidak baik, selepas mengambil sarapan dan bukannya menjadikannya perkara pertama yang anda lihat sejurus bangun tidur.
Anda juga dinasihatkan supaya jangan terlalu fikirkan hal kehidupan orang lain di media sosial. Contohnya, apa yang berlaku kepada artis kegemaran dan sebagainya. Tiada manfaat yang anda boleh dapat apabila anda terlalu menaruh emosi terhadap mereka yang tidak memberi apa-apa manfaat untuk anda.
4. Bantu orang lain
Apabila anda bantu orang lain, ia secara tidak langsung akan memberikan anda ketenangan dan keseimbangan yang diperlukan dalam hidup. Melakukan kerja-kerja amal atau sukarelawan juga mampu memberikan kebahagiaan kepada anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sumber: The Star
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com