Nasihat Untuk Anak Muda Tentang Kerja Dan Mentaliti

Nasihat Untuk Anak Muda Tentang Kerja Dan Mentaliti

Posted by

Untuk anak muda yang sedang berjuang, jangan terlalu lelah. Sebenarnya anda sedang berada dalam fasa baru nak membina kehidupan. Apa yang anda alami sekarang ini adalah sebahagian daripada proses adulthood. Anda masih muda dan mempunyai masa dan peluang untuk buat yang terbaik. 

Berikut merupakan 3 nasihat untuk anak muda tentang kerja dan mentaliti yang anda boleh jadikan panduan.

Kerja

1. Buat kerja demi peluang
Nasihat Untuk Anak Muda Tentang Kerja Dan Mentaliti
 
Selain cari kerja yang anda suka, anda juga perlu cari kerja yang akan bantu tambah ilmu anda. Selain cari kerja yang mudah dibuat, anda juga perlu cari kerja yang akan cabar anda untuk ubah diri jadi lebih baik. 
 
Selain cari kerja yang mengikut kelulusan akademik, anda juga perlu cari kerja yang akan membuka peluang yang lebih besar untuk anda mencapai cita-cita.
 
2. Demi cari makan

Jangan cari kerja hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang sekeliling, tetapi carilah kerja yang boleh bantu anda cari makan untuk jangka masa yang panjang. Jangan cari kerja yang dirasakan selamat dan selesa sehingga tua, tetapi cari kerja yang boleh bantu anda cari makan dengan ilmu yang dipelajari di tempat kerja itu. 

Jangan cari kerja hanya kerana gaji, tetapi cari kerja kerana ilmu dan untuk tingkatkan diri jadi yang lebih baik. Gaji akan habis, tetapi ilmu dan pembangunan diri akan kekal dalam diri anda.

3. Demi kejayaan

Jangan cari kerja kerana dekat dengan rumah, tetapi cari kerja yang boleh menghubungkan anda dengan orang-orang yang hebat, orang berjaya dan networking yang baik. Jangan cari kerja yang senang dibuat dan kurang tugasan, nanti anda akan jadi malas, selesa dan sukar untuk meningkatkan potensi diri. 

Jangan cari kerja dengan mentaliti buat lebih dibayar lebih, tetapi cari kerja yang anda boleh berikan komitmen sehingga syarikat tempat anda bekerja itu berkembang maju. 

Mentaliti

1. Buat persediaan diri

Buat persediaan diri supaya jika anda dibuang kerja, anda tidak takut untuk mencari kerja lain kerana dengan kemahiran yang ada, anda tetap boleh berjaya.

2. Berilmu

Sekiranya anda berilmu dan mempunyai pelbagai kemahiran, anda pastinya akan dipandang berbeza oleh majikan. Anda juga mungkin akan ditawarkan jawatan yang berpangkat tinggi. 

3. Gilap potensi

Nasihat Untuk Anak Muda Tentang Kerja Dan Mentaliti

Jangan lupa untuk gilap potensi diri anda supaya anda tidak berada di tahap yang sama. Setiap kali potensi diri anda meningkat, ada peluang yang lebih besar menanti anda.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *