Ini 4 Sebab Kenapa Gaji Anda Tak Naik

Posted by
Ramai pekerja di Malaysia yang kecewa dan tidak berpuas hati dengan kadar gaji semasa dan mereka mengharapkan peningkatan gaji yang lebih tinggi.
 
Antara salah satu sebab kenapa gaji pekerja-pekerja di Malaysia tidak naik adalah disebabkan gaji permulaan yang diterima adalah rendah dan sentiasa rendah. Selain itu, kekurangan jawatan kosong yang berlaku di Malaysia mengakibatkan berlakunya kecenderungan penindasan gaji. Majikan akan letak kadar gaji minimum kerana mereka yakin pasti ada yang memohon.
 
Berikut kami kongsikan empat sebab lain yang memungkinkan gaji anda tak naik.
 
1. Tiada inisiatif
 
Ini 4 Sebab Gaji Anda Tak Naik
 
Rutin yang anda lakukan di tempat kerja adalah sama. Anda tiada inisiatif untuk buat atau belajar perkara baharu. Kalau anda ingin gaji naik, apa kata anda cari inisiatif atau beri idea untuk tambah keuntungan syarikat.  

Ini kerana, pada zaman serba canggih ini, walaupun ada seoang pekerja yang datang ke pejabat tepat pada waktu dan jalankan semua tanggungjawab dengan baik, tetapi ia kini tidak lagi dipandang sebagai sesuatu yang membanggakan.

2. Tidak produktif

Produktiviti di tempat kerja memberi kesan kepada kadar kenaikan gaji anda. Memiliki tempoh bekerja yang lama tidak bermakna anda seorang yang produktif.

Menurut Astro Awani, pekerja di Malaysia direkodkan bekerja paling lama di negara ini dengan purata 15 jam lebih lama daripada waktu bekerja dalam tempoh seminggu.

Walau bagaimanapun, golongan ini juga mencatatkan antara kerugian produktiviti tertinggi di negara ini. Sebelum ini kami ada kongsikan artikel berkaitan tips bekerja secara produktif yang dikongsi oleh Elon Musk. Klik di sini untuk baca artikel penuh. 
 

Kenapa majikan perlu membayar mahal untuk kerja yang boleh dilakukan oleh sepuluh pekerjanya yang lain? Tanya pada diri sendiri, apa kelebihan anda pada syarikat? Kalau anda berhenti kerja hari ini, adakah anda masih diperlukan di syarikat itu?

Oleh itu, upgrade diri agar menjadi seorang pekerja yang lebih bernilai dan diperlukan oleh majikan dan syarikat.

4. Tidak mohon kenaikan gaji daripada majikan

Ini 4 Sebab Kenapa Gaji Anda Tak Naik

Alasan lain yang memungkinkan gaji anda tidak naik adalah anda tidak pernah memohon kenaikan gaji daripada majikan. Kalau anda tidak menyuarakan pendapat dan keinginan anda untuk kenaikan gaji, bagaimana majikan ingin tahu dan menilai prestasi kerja anda? 

Walaupun ada yang mengatakan permintaan untuk naik gaji adalah isu yang sensitif untuk dibincangkan terutamanya kepada majikan, tapi kalau anda rasa anda layak dapat gaji yang lebih tinggi, apa salahnya untuk anda mencuba.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *