Pekerja bermasalah bukan hanya membuat majikan stres malah boleh menyebabkan kerugian kepada syarikat atau organisasi.
Menurut kajian, pekerja bermasalah dapat merugikan syarikat dengan cara meruntuhkan kepercayaan, berkurangnya produktiviti dan inovasi syarikat, serta meruntuhkan motivasi dan kerjasama sesama rakan sekerja.
Pekerja yang berprestasi rendah/teruk menghasilkan kerja di bawah paras yang tidak memenuhi jangkaan majikan. Ini bermaksud, para pekerja lain terpaksa berusaha lebih untuk membaiki kelemahannya.
Pekerja sebegini bermasalah untuk syarikat kerana hasil kerjanya selalu mengecewakan.
2. Tidak bertanggungjawab
Melakukan kesalahan itu adalah perkara normal. Tetapi yang bermasalahnya adalah apabila pekerja melakukan kesilapan tetapi tidak mahu mengaku dan bertanggungjawab.
Malah pekerja yang mempunyai sikap ini akan menunding jari kepada orang lain seolah-olah dia yang paling sempurna dan tidak pernah buat silap.
3. Tidak suka/sukar bekerja dalam kumpulan atau dengan orang lain
Pekerja yang bermasalah tidak suka/sukar untuk bekerja dengan rakan sekerja, pengurus atau klien. Mungkin dia seorang yang terlalu pendiam atau sikapnya tidak disenangi ramai.
Ciri sebegini bukan sahaja menyukarkan pekerja lain untuk bekerja secara berpasukan malah akan memberi imej negatif kepada syarikat.
4. Tidak suka akan perubahan
Perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam mana-mana syarikat atau organisasi dan ia adalah satu elemen penting untuk pertumbuhan peribadi dan profesional. Tetapi sekiranya seseorang pekerja itu tidak mempunyai sikap keterbukaan terhadap perubahan, berkemungkinan dia seorang pekerja yang bermasalah.
5. Tidak responsif terhadap tunjuk ajar
Pekerja seperti ini enggan mendengar dan menerima maklum balas. Mereka tidak akan ambil peduli segala imu yang diajar atau kritikan dan mereka akan gagal melakukan peningkatan yang disyorkan oleh majikan.
Justeru, pekerja yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas bukan sahaja sangat menjengkelkan malah akan menjadi beban kepada syarikat atau organisasi.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com