Tips Uruskan Pekerja Bermasalah

Tips Uruskan Pekerja Bermasalah

Posted by

Kehadiran pekerja yang bermasalah dalam sesebuah syarikat atau organisasi adalah satu perkara biasa. Namun, ini tidak bermakna majikan boleh terus buang atau berhentikan pekerja serta-merta. Mengikut undang-undang, majikan perlu mengeluarkan notis penamatan perkhidmatan terlebih dahulu sebelum boleh buang pekerja.

Berikut kami kongsikan enam cara yang majikan boleh lakukan sekiranya berdepan dengan pekerja yang bermasalah.

1. Beri amaran secara lisan atau bertulis 

Tips Uruskan Pekerja Bermasalah

Beri amaran terlebih dahulu kepada pekerja yang bermasalah. Majikan boleh pilih untuk beri amaran secara lisan ataupun bertulis. Amaran bertulis selalunya dibuat dengan mengeluarkan memo.

2. Beri kaunseling

Selepas beri amaran, majikan boleh beri kaunseling kepada pekerja untuk mengetahui situasi atau masalah yang dihadapi mereka. Di sini, pekerja perlu bersikap jujur dengan masalah yang dihadapi.

3. Beri surat amaran

Sekiranya pekerja masih bermasalah selepas sesi kaunseling, majikan boleh keluarkan surat amaran. Tujuan surat ini dikeluakan adalah untuk maklumkan kesalahan yang dibuat sudah melanggar kontrak kerja.

4. Beri notis penamatan perkhidmatan

Setelah surat amaran dikeluarkan dan pekerja masih tidak berubah, majikan berhak untuk menamatkan perkhidmatan pekerja itu dengan mengeluarkan notis.

5. Buat sistem ganjaran pekerja

Tips Uruskan Pekerja Bermasalah

Berikan ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat dengan cemerlang seperti memberi bonus, anugerah dan sebagainya. Sistem ganjaran ini secara tidak langsung akan memberikan semangat kepada setiap pekerja untuk berikan hasil kerja yang terbaik dan secara tidak langsung membentuk disiplin mereka.

Semoga perkongsian kami kali ini memberi manfaat dan panduan buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter). Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *