5 Tips Mudah Mohon Kenaikan Gaji

5 Tips Mudah Mohon Kenaikan Gaji

Posted by

Gaji merupakan salah satu motivasi terbesar kepada para pekerja untuk terus berkhidmat dalam sesebuah syarikat atau organisasi. Sekiranya anda mulai merasakan gaji yang anda dapat sekarang tidak setimpal dengan usaha dan kerja keras anda, cuba berunding dengan majikan agar membuat kenaikan gaji.

Walau bagaimanapun, sebelum membuat permohonan, pastikan anda ketahui beberapa tips dan strategi agar permohonan kenaikan gaji anda itu berjaya!

5 Tips Mudah Mohon Kenaikan Gaji

1. Tahu dan yakin dengan rekod kerja anda

Cuba semak sama ada rekod kerja anda berada dalam status yang baik atau masih boleh diperbaiki. Ini sangat penting kerana apabila anda mengajukan pertanyaan tentang kenaikan gaji kepada majikan, pasti majikan sentiasa mempunyai hujah untuk menolak permohonan anda.

Namun, perkara ini boleh disangkal dengan syarat anda sememangnya memiliki rekod kerja yang cemerlang untuk tahun-tahun sebelumnya.

2. Tentukan masa terbaik untuk bertanya
 
Pastikan sebelum membuat permohonan kenaikan gaji, selidik dahulu tentang emosi majikan anda. Sekiranya majikan anda tidak berada dalam emosi yang baik, tangguhkan dahulu permohonan kenaikan gaji tersebut. 
 
Pastikan juga anda pilih waktu yang sesuai untuk anda mencadangkan kenaikan gaji kerana ia boleh menjadi faktor kejayaan dan kegagalan kepada permintaan anda. Sebagai contoh, pihak pengurusan baru sahaja mengumumkan pemotongan gaji atau pemberhentian, maka ia bukan masa yang sesuai untuk membincangkan topik kenaikan gaji.
 
3. Tentukan jumlah kenaikan gaji yang ingin diminta
 
Lengkapkan diri dengan data gaji yang kukuh berkaitan industri, jawatan, lokasi dan pengalaman anda untuk meyakinkan majikan bahawa beliau perlu membayar gaji lebih daripada apa yang anda terima sekarang. 
 
Mulakan proses dengan mendapatkan data pasaran mengenai purata gaji bagi jawatan yang sedang anda sandang sekarang dan cadangkan jumlah gaji yang anda inginkan.
 
4. Tetapkan masa untuk berbincang dengan kawan
 
Pilih masa yang sesuai iaitu apabila majikan anda tidak terganggu dan paling berpotensi menerima cadangan kenaikan gaji anda. Contohnya, selepas majikan menyelesaikan projek besar atau memasuki kitaran belanjawan baharu.
 
5. Bersedia untuk terima teguran
 
Kadangkala anda rasa yang anda sudah melakukan yang terbaik untuk majikan dan syarikat. Namun, apabila berbincang dengan majikan tentang permohonan kenaikan gaji, majikan mungkin memberikan maklum balas yang berbeza dari apa yang anda harapkan.

Ambil teguran tersebut sebagai satu penanda bahawa pencapaian anda pada hari ini belum cukup untuk melayakkan anda menerima kenaikan gaji.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan bagi anda yang ingin memohon kenaikan gaji daripada majikan.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *